Sunday, August 3, 2008

-Aidil@Adha Top Player M'ysia Masa Kini-

MEREKA sudah menggapai puncak kemasyhuran. Menyarung jersi kebangsaan, 'saham' kembar sensasi, Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Zaquan Adha melonjak tinggi. Kenali pasangan kembar idaman gadis ini sambil mencungkil personaliti dan isi hati mereka.

KELIBAT kembar seiras ini nyata mencuri tumpuan siapa saja. Susuk tubuh tinggi dan tegap, dianugerahi pula wajah kacak kemelayuan dan bijak bergaya - semuanya umpama pakej lengkap buat Aidil Zafuan dan adiknya, Zaquan Adha. Tidak hairan populariti dua jejaka ini sehangat aksi tangkas mereka di padang bola.

Pada usia muda, kembar ini sentiasa diburu masa. Celik mata, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha perlu penuhi tuntutan jadual perlawanan bola sepak serta latihan kecergasan.

Menyarung persalinan tuksedo daripada Lord’s Tailor bagi mencari kelainan, aura gaya pasangan remaja ini begitu menyerlah. Begitu juga pose selamba mereka ketika menggayakan persalinan Nike.

Aidil Zafuan agak pendiam, adiknya pula, Zaquan Adha ‘nakal’ lantas mencuit perhatian. lSambil memuji pose mereka berdua, berkali-kali jugalah nama mereka disalah sebut.

“Senario begini sudah biasa bagi kami. Malah, sehingga sekarang emak kadang-kadang keliru yang mana abang dan yang mana satu adik. Tetapi kalau lihat secara fizikal, saya memiliki tahi lalat di bahagian pipi kanan dan sedikit kurus berbanding Abang Chik (panggilan buat Aidil Zafuan),” kata Zaquan Adha.

Aidil (atas) dan Zaquan.

Wajah mereka yang seiras nyata mengundang hilai tawa orang,mereka berdua sporting melayan sesi fotografi bertukar lokasi di padang futsal di tingkat atas Balai Berita. Kemesraan mereka berdua bagaikan isi dengan kuku.

Ditanya sejauh mana keakraban hubungan mereka, kata Zaquan Adha, sehingga saat ini beliau masih boleh merasai perasaan dan emosi pasangan kembarnya itu. Malah, berkali-kali juga mereka berdua secara spontan menyebut atau memperkatakan sesuatu perkara serentak.

“Tetapi kami sendiri mengakui sampai bila akan bersama sebegini. Mungkin secara kebetulan kami bersama dalam sukan bola sepak dan bermain dalam kelab bola sepak yang sama. Kami tetap akur tiba masanya masing-masing tidak akan selalu bersama,” sampuk Aidil Zafuan.

Meskipun begitu, Aidil Zafuan yakin mereka berdua tetap akrab biarpun suatu ketika nanti akan berumahtangga.

Ditanya perangai masing-masing, Aidil Zafuan berkata, beliau lebih mengalah kepada Dik Wan (panggilan buat Zaquan Adha) sejak dulu lagi. Malah, mengakui Zaquan Adha memiliki karektor lebih kasar.

Zaquan Adha pula berkata, abangnya lebih pendiam. Mereka juga saling berkongsi rahsia diri baik apa saja.

“Kalau tidak cerita dengan Abang Chik, lambat laun dia tahu juga,” kata Zaquan Adha sambil tergelak.

Mengakui merindui kampung halamannya di Negeri Sembilan, Zaquan Adha berkata mereka banyak menghabiskan masa bersama di rumah jika mempunyai kelapangan.

Jelasnya, menjadi rutin bagi keluarganya untuk berkumpul bersama membuatkan hubungan mereka begitu rapat. Jika berkesempatan, beliau tidak akan berenggang dengan permainan video.

“Jarang sekali kami keluar membeli-belah kerana kesibukan jadual seharian dan perlawanan bola sepak membuatkan kami tidak berkesempatan berada lama di rumah. Sebab itu, jika ada kelapangan memang banyak berehat di rumah,” katanya.

Ditanya kemasyhuran dikecapi mereka pada usia baru 21 tahun, Zaquan Adha tidak menafikan berasa beruntung kerana pencapaian dan pendedahan yang diterima selama ini. Sambil menambah, faktor kembar seiras juga secara tidak langsung menampakkan ‘kehadiran’ mereka sekali gus mengundang perhatian ramai.

Malah, kelibat mereka juga sering mencuri perhatian sejak kecil lagi sehingga masing-masing berkecimpung dalam dunia bola sepak. Secara kebetulan, baik Aidil Zafuan mahupun Zaquan Adha turut berbakat besar dalam sukan bola sepak sehingga berjaya menyarungkan jersi kebangsaan.

Mereka berdua juga menjadi penyandang cabaran dan maruah skuad bola Sepak Negeri Sembilan. Zaquan Adha mengisi cabaran di posisi penyerang, sementara Aidil Zafuan pula di bahagian pertahanan.

“Bola sepak sememangnya menjadi nadi kami adik-beradik. Memang sejak kecil lagi memasang angan-angan untuk serius dalam bidang ini. Untuk itu, kami terpaksa bekerja keras bersama-sama bagi memastikan impian itu terlaksana.

“Syukur, bermula di peringkat sekolah, pemilihan bawah 14 tahun hinggalah kini di skuad negeri dan negara kami berdua masih sama-sama beraksi dalam sukan bola sepak,” kata Zaquan Adha.

Menyingkap pula cita rasa gaya pasangan kembar ini, ternyata ‘ikatan’ naluri keserasian pasangan kembar ini tidak dapat dinafikan. Daripada jenama pakaian, potongan, malah tempat untuk membeli pakaian juga sama. Hanya warna membezakan pakaian milik mereka.Malah, potongan rambut mereka juga serupa!

Mengenai soal penjagaan wajah pula, tanpa berselindung Aidil Zafuan mengakui dia mengambil berat rutin mencuci wajah dan menyapukan pelembap setiap kali selepas mandi. Rutin itu tidak pula dilakukan adiknya kerana mengalami masalah kulit sensitif.

Ketika mengintai soal cinta dan wanita idaman, baik adik mahupun abang masing-masing seolah-olah tidak mahu bercerita panjang. Sekadar bicara ringkas mereka berdua inginkan wanita yang sederhana dan paling utama direstui keluarga.

Malah, jelas mereka berdua faktor populariti tidak banyak mengubah haluan hidup dan pergaulan di luar. Mereka tetap seperti remaja lain dan melayan peminat sama rata.

Pantas masa berlalu. Dua jam sesi fotografi itu berlangsung terasa begitu pantas. Sebelum melangkah pulang, dua kembar istimewa ini sempat berkongsi angan-angan besar. Abang Chik nekad berhijrah ke Eropah jika berpeluang manakala Dik Wan mahu menjangkau lebih jauh tanpa sempadan, semata-mata obsesi diri terhadap sukan bola sepak.

Nantilah dunia, rentak kaki kembar ini di garis permulaan...













Aidil Zafuan

INFO:

* Bakal berusia 21 tahun pada 3 Ogos ini.

* Tinggi 175 sentimeter dan berat 75 kilogram.

* Lebih dulu berkecimpung dalam sukan bola sepak berbanding Zaquan Adha.

* Agak pendiam.

* Mengagumi Datuk Soh Chin Aun sebagai idola dalam bola sepak tempatan.

Zaquan Adha

INFO:

* Lahir dua minit lewat daripada Aidil Zafuan.

* Memiliki berat 73 kilogram dan ketinggian 174 sentimeter.

* Karektor ‘gila-gila’.

* Memiliki tahi lalat di bahagian pipi kanan.

* Idola bola sepak Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari dan Christiano Ronaldo.

-KePuTuSaN PeNuH EuRo08-

Jadual Perlawanan EURO2008

Ahad 8 Jun 2008
1 Kump A-(Switzerland 0-1 Czech Rep)/Basel - St. Jakob-Park
2 Kump A-(Portugal 2-0 Turkey) /Geneva - Stade de Genève

Isnin 9 Jun 2008
3 Kump B-(Austria 0-1 Croatia)/Vienna - Ernst Happel
4 Kump B-(Germany 2-0 Poland)/Klagenfurt - Wörthersee

Selasa 10 Jun 2008
5 Kump C-(Romania 0-0 France)/Zurich - Letzigrund
6 Kump C-(Netherlands 3-0 Italy)/Berne - Stade de Suisse

Rabu 11 Jun 2008
7 Kump D-(Spain 4-1 Russia)/Innsbruck - Tivoli Neu
8 Kump D-(Greece 0-2 Sweden)/Salzburg - EM Stadion Wals-Siezenheim

Khamis 12 Jun 2008
9 Kump A-(Czech Rep 1-3 Portugal)/Geneva - Stade de Genève
10 Kump A-(Switzerland 1-2 Turkey)/Basel- St. Jakob-Park

Jumaat 13 Jun 2008
11 Kump B-(Croatia 2-1 Germany)/Klagenfurt - Wörthersee
12 Kump B-(Austria 1-1 Poland)/Vienna - Ernst Happel

Sabtu 14 Jun 2008
13 Kump C-(Italy 1-1 Romania)/Zurich - Letzigrund
14 Kump C-(Netherlands 4-1 France)/Berne - Stade de Suisse

Ahad 15 Jun 2008
15 Kump D-(Sweden 1-2 Spain)/ Innsbruck - Tivoli Neu
16 Kump D-(Greece 0-1 Russia)/Salzburg - EM Stadion Wals-Siezenheim

Isnin 16 Jun 2008
17 Kump A-(Switzerland 2-0 Portugal)/Basel - St. Jakob-Park
18 Kump A-(Turkey 3-2 Czech Rep)/Geneva - Stade de Genève

Selasa 17 Jun 2008
19 Kump B-(Poland 0-1 Croatia)/Klagenfurt - Wörthersee
20 Kump B-(Austria 0-1 Germany)/Vienna - Ernst Happel

Rabu 18 Jun 2008
21 Kump C-(Netherlands 2-0 Romania)/Berne - Stade de Suisse
22 Kump C-(France 0-2 Italy)/Zurich - Letzigrund

Khamis 19 Jun 2008
23 Kump D-(Greece 1-2 Spain)/Salzburg - EM Stadion Wals-Siezenheim
24 Kump D-(Russia 2-0 Sweden)/Innsbruck - Tivoli Neu

Jumaat 20 Jun 2008
25 Suku Akhir
(Portugal 2-3 Germany)/Basel - St. Jakob-Park

Sabtu 21 Jun 2008
26 Suku Akhir
(Croatia 1-1 Turkey)(Turki menang penalti 3-1)/Vienna - Ernst Happel

Ahad 22 Jun 2008
27 Suku Akhir
(Netherlands 1-3 Russia)/Basel - St. Jakob-Park

Isnin 23 Jun 2008
28 Suku Akhir
(Spain 0-0 Italy)/(Spain menang penalti 4-2)/Vienna-Ernst Happel

Khamis 26 Jun 2008
29 Separuh Akhir
(Germany 3-2 Turkey)/Basel - St. Jakob-Park

Jumaat 27 Jun 2008
30 Separuh Akhir
(Russia 0-3 Spain)/Vienna - Ernst Happel

Isnin 30 Jun 2008
31 Akhir
(Germany 0-1 Spain)/Vienna - Ernst Happel