Barang Beckham dicuri
LOS ANGELES - Pemain bola sepak terkenal, David Beckham dan isterinya, Victoria ketakutan dan tidak tahu siapakah yang harus dipercayai lagi selepas dua penjaga rumahnya ditangkap kerana disyaki mencuri, lapor sebuah akhbar semalam.
Satu sumber berkata, dua penjaga rumah tersebut ditangkap selepas beberapa barangan milik pasangan itu dilelong di laman web eBay.
Dua penjaga rumah itu, Eric Emmet, 56, dan isterinya, June, 55, diupah oleh Beckham sejak 10 tahun lalu untuk menjaga sebuah kediamannya di Hertfordshire, Britain.
"Pasangan itu sukar untuk percaya apa yang telah berlaku," kata sumber tersebut.
Perbuatan itu terbongkar selepas ibu bapa penyanyi tersebut mengesan beberapa pakaian milik Victoria dan kasut termasuk dua milik Beckham dilelong di laman web eBay.
Ibu bapa Victoria kemudiannya bergegas ke kediaman pasangan itu yang dikenali sebagai Istana Beckingham dan terus menghubungi pihak polis selepas mendapati semua barangan berkenaan hilang. Pihak berkuasa memberitahu bahawa kedua-dua penjaga rumah itu ditangkap di kediaman mereka di Nazeing, Essex, Britain pada Jumaat lalu.
Penjaga rumah itu yang menjaga kediaman Beckham ketika pasangan selebriti tersebut berada di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) dibebaskan dengan ikat jamin selepas disoal-siasat oleh pihak polis.