Friday, September 5, 2008
Ronaldo tayang Bently biru
CRISTIANO Ronaldo dirakam memandu kereta mewah Bently yang dibeli dengan harga RM2.1 juta manakala nombor pendaftarannya dibeli dengan kos mencecah RM1 juta.
MANCHESTER - Selepas menunggu selama dua bulan Bintang kelab Manchester United, Cristiano Ronaldo akhirnya menayangkan kereta mewah Bentley coupe terbarunya, lapor sebuah akhbar semalam.
Ronaldo menempah kereta Bentley coupe berwarna biru berharga £340,000 (RM2.1 juta) itu selepas mengesahkan bahawa dia akan kekal di MU pada Jun lalu.
Bagaimanapun, beberapa peminat tertanya-tanya mengenai pemilihan warna kereta Ronaldo kerana beberapa rakannya di MU lebih cenderung memilih warna merah.
Bintang MU itu sebelum ini memiliki beberapa kereta mewah termasuklah sebuah Rolls Royce Phantom berharga £340,000 (RM2.1 juta) dan Bentley convertible berharga £140,000 (RM853,239).
Ronaldo juga sanggup menghabiskan £150,000 (RM915,148) untuk memperoleh nombor pendaftaran CR7 khas bagi keretanya barunya itu.
Satu sumber berkata, Ronaldo kini taksub dengan CR7 yang merupakan singkatan nama dan nombor jersi miliknya di MU. Malah semua barang miliknya ada katian dengan nombor 7.
"Ronaldo sudah lama mengidam untuk mendapatkan nombor pendaftaran itu dan akhirnya dia memilikinya juga," katanya.
Pemain antarabangsa Portugal itu sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dan beberapa kali menyuarakan hasratnya untuk berhijrah.
Bagaimanapun, Ronaldo menamatkan spekulasi berhubung masa depannya apabila mengesahkan bahawa dia akan kekal di Manchester United.
Subscribe to:
Posts (Atom)