Monday, July 28, 2008

SaSaRan KiTa: UsAh jAdi SeKaDar PaK pAcAk...

Fislo Melaporkan..

MALAM ini, skuad bola sepak negara akan menentang kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea di Stadium Shah Alam. Bagi peminat bola sepak yang selama ini tidak mengenali pemain kebangsaan mahu pun jurulatih negara kerana lebih ghairah memuja bintang EPL, malam ini dapatlah mereka melihat pemain kebangsaan. Namun yang pasti, di mata peminat fanatik EPL itu, pemain negara sekadar watak pak pacak, di kaca mata mereka lebih ghairah tertumpu kepada Frank Lampard, John Terry, Michael Ballack, Michael Essien mahu pun Deco. Itulah hakikat sedih yang harus diakui barisan pimpinan B Sathianathan. Cuma penulis harap, skuad negara tidak akan dibelasah Chelsea yang tampil selepas menewaskan dua kelab profesional China, Guangzhou Pharmaceutical 4-0 dan Chengdu Blades 7-0. Apa yang penting, pemain negara jangan setakat hanya berada di padang untuk sekadar bergambar dengan bintang-bintang dunia itu dan kemudian bertukar-tukar jersi - sebaliknya mengambil peluang untuk menyerlah bakat sebenar mereka. Aksi skuad negara pada Jun 1991 wajar menjadi ikutan apabila tampil melawan sebelum tewas 4-2 kepada barisan kebangsaan England yang dilatih Graham Taylor di Stadium Merdeka. Biarpun ketika itu skuad negara gagal menyaingi kehebatan penyerang Gary Lineker yang menghasilkan keempat-empat gol England, namun dua sentuhan penyudah, Matlan Marjan membuatkan Malaysia menjadi buah mulut peminat. Pada waktu itu juga tiada siapa yang berani meramalkan Malaysia mampu menjaringkan gol apa lagi gawang England yang dikawal Chris Wood nampak kebal selepas tiga aksi perlawanan awal di Oceania. England menang ke atas Australia 1-0 dan turut menewaskan New Zealand 1-0 dan 2-0. Malah, Matlan menjadi satu-satunya pemain yang berjaya membolosi gawang England dalam kunjungan mereka ke Asia-Oceania ketika itu. Peluang menonjolkan bakat di pentas utama tidak selalu hadir. Sebab itu, penulis berharap pemain negara mengambil peluang pada kesempatan malam ini walaupun ia sekadar perlawanan persahabatan. Ia juga sama dengan atlit negara yang sudah melayakkan diri ke Sukan Olimpik yang bermula minggu depan. Tidak harus timbul Sukan Olimpik menjadi pentas menimba pengalaman kerana peluang untuk beraksi di temasya sukan terbesar dunia itu tidak hadir selalu. Mungkin ada atlit negara yang sudah bernasib baik untuk beraksi bukan sekali tapi mungkin dua atau tiga kali, tapi jika peluang itu tidak diambil untuk setidak-tidaknya melakukan catatan peribadi terbaik, ia pasti satu kerugian besar. Alasan usia masih muda dan punya peluang pada lain kali tidak harus menjadi ikutan. Apa lagi tidak siapa yang tahu apa yang boleh berlaku empat tahun selepas itu. Jadi, lebih baik untuk atlit negara mengambil peluang yang ada melakukan yang terbaik seperti tiada lagi esok untuk mereka apabila berada di Beijing nanti, bukannya sekadar menjadi pelancong. Renungkanlah.

Chelsea GeGar Malaysia BeB!!!


Ballack kena serbu

Awek Minat JOe Cole
Bedal Makan Satay BEB!!!
awek posing maut dgn Maichel Ballack
..FAn CLUB CheLSeA..
Waa Fanatiknye...!!
Nicolas Anelka
Ricardo Carvalho
Joe Cole
Frank Lampard
John Terry
Aksi Player masuk padang..Cech Signature Bersama Peminat

WoRLd CuP 4EvE


Ayang /Anja / Honey /Darling / Dinda / Intan payung / gunung berapi etc *

1. Seperti yang sedia maklum , abang setiap bulan terpaksa menghadapi perangai ayang yang berubah mengikut pasang surut bulan setiap bulan tanpa gagal. Abang selalu menjaga hati ayang tanpa gagal ketika kedatangan period ayang tanpa soal. Abang jaga ayang bagaikan menatang minyak yang penuh. Amat besarnya pengorbanan yang abang lakukan selama ni.untuk menjaga kerukunan perhubungan kita yang telah bertapak sejak lama?
Kini relakah ayang melakukan pengorbanan yang agak kecil terhadap abang?

2. Dr. Joseph Blatter dari Klinik FIFA telah mengesahkan yang abang akan mengalami period abang yang hanya berlaku 4 tahun sekali ini dari 9hb Jun 2006 hingga 9 Julai 2006. Kesan period ini mungkin akan berlanjutan sehingga seminggu selepas tarikh tersebut. Abang akan menghadapi masalah untuk tidur malam dan mungkin berjaga hingga ke awal pagi Untuk mengurangkan tekanan dan mood abang dalam tempoh tersebut,preskripsi dan cadangan di bawah ini telah disarankan :-

3. Dalam tempoh tersebut ayang dikehendaki sentiasa membaca berita sukan pada akhbar harian yang menfokus tentang Piala Dunia 2006 di jerman. Jika ayang gagal melakukan perkara ini, ayang mungkin rasa terabai jika tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan abang pada masa tersebut.
Oleh itu ayang janganlah komplen jika rasa diri diabaikan dalam masa period ini.

4. Dalam tempoh period abang ini adalah dimaklumkan bahawa ayang akan diberi kebebasan untuk menonton rancangan tv kegemaran ayang dari bermula dari 6 pagi hingga ke 9 malam. Manakala dari 9 malam ke 6pagi, abang yang akan memegang remote control dan hak memilih chanel yang
digemari. Ayang dilarang sama sekali mengerling ke arah remote control pada masa tersebut.

5. Jika ayang terpaksa melintasi di hadapan tv di waktu tersebut, ayang hendaklah tunggu sehingga masa rehat atau commercial break ataupun merangkak perlahan-lahan agar tidak menganggu konsentrasi abang.Jika ayang bercadang untuk berbogel di hadapan tv pada waktu tersebut,
pastikan ayang memakai pakaian semula selepas itu kerana abang takut ayang akan demam kerana kesejukan. Abang takut abang tidak mempunyai masa untuk membawa ayang ke klinik dan juga melayan ayang selepas itu.

6. Semasa perlawanan langsung disiarkan, abang seakan buta,pekak dan juga bisu kecuali bila abang memerlukan pertolongan ayang untuk membuat air atau mengambil makanan ringan. Kasih sayang abang akan bertambah kepada ayang jika ayang sentiasa memastikan makanan ringan
sentiasa tersedia untuk abang semasa perlawanan berlangsung.

7. Ayang adalah dialu-alukan untuk duduk dan menikmati perlawanan bersama abang tetapi ayang hanya boleh bercakap semasa half time atau commercial break. Ayang dilarang sama sekali menggoda abang pada masa ini terutama jika pasukan yang abang sokong sedang ketinggalan atau
berada diambang kekalahan.

8. Replay untuk setiap gol yang dijaringkan adalah amat penting.
Berapa kali replay disiarkan abang tetap mau melihatnya. Ayang tak perlu merungut mengata bahwa gol tu dah tengok kenapa nak tengok
lagi?

9. Ayang perlu memberitau saudara mara atau rakan karib bahwa jemputan ke jamuan atau kenduri yang diadakan selepas 9 malam ke atas yang memerlukan kehadiran abang tidak dapat dipenuhi kerana abang tak nak pergi.

10. Jika kawan abang menjemput kita ke rumah mereka untuk menyaksikan perlawanan langsung bersama-sama, maka ayang perlu bersiap sedia dengan kadar segera?

11. Selepas period abang ini abih..ayang dilarang merungut :
nsib baik world cup 4 tahun sekali jer? kerana abang telah immune dengan rungutan tersebut dan juga selepas period ini akan ada pula English League, Italian League, UEFA League, Piala
Malaysia dan lain-lain.

12. Atas kerjasama dan timbang rasa ayang ini, jika pasukan yang abang sokong menang piala dunia atau player yang abang sokong menang kasut atau bola emas..pandai-pandai la ayang bodek abang untuk dapatkan hadiah?. Jika sebaliknya? hendaklah ayang turut berduka?.

13. Akhirkata. Majulah sukan untuk negara!.


Abang yang sentiasa menyayangimu walaupun period ayang datang setiap bulan.

Suami / bf / kekasih yang tersayang *

* potong mana yang tidak berkenaan.heheheheeeee..