Sunday, September 21, 2008

Skandal Ronaldo dengan pelacur



FERNANDA (kanan) bersama seorang rakannya.

Seorang kekasih rahsia bintang kelab bola sepak Manchester United (MU), Cristiano Ronaldo merupakan seorang pelacur yang menjual kokain, lapor sebuah akhbar semalam.

Kisah Ronaldo mempunyai kekasih rahsia kelahiran Brazil itu didedahkan oleh seorang ibu ayam yang berkata: “Fernanda suka kepada Ronaldo dan telah menemui secara rahsia sejak bertahun-tahun lalu.

“Dia (Fernanda) memberitahu saya bahawa mereka pernah menjalin hubungan seks walaupun mengetahui dan memahami tidak akan menjadi nombor satu (kekasih utama Ronaldo).”

RONALDO

Ronaldo yang berusia 23 tahun juga pernah memperkenalkan Fernanda kepada pengurus MU, Sir Alex Ferguson dan beberapa rakan pasukannya.

Pelacur itu berusia 26 tahun dan mengenakan bayaran sehingga £2,000 (RM12,505) untuk satu malam kepada pelanggan.

Seorang pemberita menemui pelacur itu selepas membuat tempahan menerusi satu perkhidmatan teman sosial, London Escort Gallery.

Ketika menunjukkan gambar-gambar gadis yang akan dibawanya bersama dalam bilik tidur, Fernanda turut mendedahkan hubungan rapatnya dengan Ronaldo.

Satu gambar pada komputer ribanya menunjukkan pemain itu memakai topi besbol dan tangan Ronaldo diletakkan di leher Fernanda.

Dalam satu lagi gambar, pemain itu mencium pipi Fernanda.

Gambar ketiga menunjukkan Fernanda bersama Ronaldo dan seorang lagi bintang MU, Wayne Rooney dalam satu parti bagi meraikan kemenangan kelab itu memenangi Piala Liga pada tahun lalu.

Beberapa lagi gambar menunjukkan dia bersama bintang bola sepak MU iaitu Rio Ferdinand dan Wes Brown.

“Ini adalah rakan baik saya, Ronaldo,” kata Fernanda kepada pemberita itu.

Fernanda memberitahu bahawa dia suka berparti dengan kokain dan menawarkan untuk menbekalkan dadah kelas A pada harga £60 (RM375.16) satu gram.

Satu analisis yang dilakukan di sebuah makmal Pejabat Dalam Negeri mengesahkan bahawa dadah itu adalah kokain.

Ronaldo sebelum ini pernah menunjukkan minat menyukai pelacur.

Pada tahun lalu, dia mengundang lima pelacur ke rumahnya untuk berparti bersama rakan-rakannya.

Pada Januari lalu, Ronaldo sanggup berlepas ke Rom, Itali untuk bersuka-ria dengan dua lagi pelacur.