Isteri Pemain Bertarung
LIVERPOOL - "Peperangan" antara isteri dan teman wanita pemain kelab bola sepak Liverpool di Britain kini semakin 'sengit,' lapor sebuah akhbar semalam.Keadaan itu berlaku apabila isteri kapten Liverpool, Steven Gerrard, Alex Curran kini tercabar selepas isteri penyerang baru kelab berkenaan, Robbie Keane mula menunjukkan taringnya.Penampilan terbaru Curran juga dilihat tidak sesuai apabila dia memakai baju berwarna-warni yang dipadankan dengan seluar jeans.Sementara itu, penampilan isteri Keane, Claudine Palmer yang baru berpindah ke Liverpool dilihat mampu mencabar reputasi Curran.Curran juga dilihat sibuk membeli belah baju yang baru di Liverpool ketika musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) bermula pada hari ini.Isteri Gerrard itu mula membeli belah selepas Palmer yang juga seorang model juga dilihat memasuki beberapa butik terkenal di Liverpool.Curran kini terpaksa meningkatkan imejnya kerana reputasinya sebagai ratu isteri pemain bola sepak Liverpool mungkin tergugat.
- Agensi
No comments:
Post a Comment