Arsenal berjaya mendapatkan pertahanan Perancis, Mikael Silvestre (gambar) dengan kontrak selama dua tahun daripada pencabar mereka, Manchester United semalam.
Silvestre, 31, yang meninggalkan United selepas menghabiskan sembilan musim di Old Trafford sebelum ini menolak tawaran untuk berhijrah ke Manchester City atas alasan mahu dalam kempen Liga Juara-Juara.
Silvestre yang terlepas aksi musim lepas ekoran kecederaan ligamen lutut, merupakan pemain pertama United yang dijual kepada The Gunners sejak Brian Kidd pada 1974.
"Saya menghabiskan lebih separuh karier saya di United, selama sembilan tahun dan saya akan terus mengingatinya. Tapi saya rasa saya sudah bersedia untuk cabaran baru," kata Silvestre.
"Arsenal dikenali dengan gaya permainan teknikal dan berkemahiran tinggi, mereka juga ada skuad yang muda, tapi berpengalaman.
"Jadi, saya amat teruja dengan langkah baru ini dan berharap dapat memberi sumbangan dengan membantu kelab ini mencipta kejayaan baru."
Sementara itu, pengurus Arsenal, Arsene Wenger menganggap kehadiran Silvestre bakal memberi kelebihan tambahan kepada skuad mudanya.
"Pengalaman Mikael akan memberi lebih tambahan kepada cabaran kami untuk menjuarai gelaran musim ini," jelas Wenger.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment