Lagenda Argentina, Diego Maradona, menjulang trofi kejohanan Piala Dunia 1986 setelah menewaskan Jerman Barat 3-2 di Stadium Atzeca, Mexico City. Beliau hari ini dinamakan sebagai jurulatih baru skuad kebangsaan negaranya menggantikan Alfio Basile yang meletakkan jawatan.BUENOS AIRES: Lagenda bola sepak Argentina, Diego Maradona hari ini dinamakan sebagai jurulatih baru skuad kebangsaan negaranya.
Maradona dilantik jurulatih baru Argentina
BUENOS AIRES: Lagenda bola sepak Argentina, Diego Maradona hari ini dinamakan sebagai jurulatih baru skuad kebangsaan negaranya.
Perkara itu dinyatakan Carlos Bilardo, jurulatih Argentina yang membawa pulang Piala Dunia pada 1986, sebaik keluar dari mesyuarat dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA), Julio Grondona.
"Diego akan menjadi jurulatih baru skuad kebangsaan kita," kata Bilardo, yang akan menjadi pengarah skuad kebangsaan berkenaan.
Maradonna, 48, yang menjadi taruhan membawa pulang Piala Dunia 1986, mendapat sokongan sengit minggu lalu selepas menyatakan minat untuk melatih pasukan kebangsaan, menggantikan Alfio Basile.
"Saya mahu Maradona menjadi jurulatih selepas ini," kata Noray Nakis, presiden Suruhanjaya Pemilihan AFA.
Basile yang meletakkan jawatan dua hari lalu selepas Argentina tewas kepada Chile pada perlawanan kelayakan Piala Dunia.
No comments:
Post a Comment