FABREGAS mahu Arsenal bangkit dengan melakar kemenangan
ke atas Red Devils esok.
Perancang Arsenal, Cesc Fabregas mencabar rakan sepasukannya untuk menebus prestasi hambar mereka dengan menewaskan Manchester United pada aksi Liga Perdana England minggu ini.
The Gunners diikat seri tanpa jaringan oleh Fenerbahce dalam aksi Liga Juara-Juara Rabu lalu, menyaksikan mereka mengharungi tiga perlawanan tanpa sebarang kemenangan.
"Kami perlu memperbaiki prestasi kami," kata Fabregas.
"Perlawanan selepas ini ialah menentang United, ia satu pertemuan yang penting. Pastinya kami amat menantikannya kerana ia satu perlawanan yang besar.
"Kami tidak mahu lagi alasan kerana kami bermain untuk Arsenal dan ramai pemain yang mahu menjadi seperti kami. Kami perlu memastikan yang kami memberi segala yang terbaik di atas padang."
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengulangi kritikannya ke atas taktik keras Stoke dengan menuduh pengadil dan pemain lawan itu menjadikan anak buahnya sebagai mangsa.
"Kamu boleh lihat pada kedudukan pasukan paling bersih. Pasukan mana di atas? Kelab Arsenal. Kami tidak perlu belajar dari sesiapa untuk berada di atas. Lihat pasukan mana yang paling sedikit membuat kekasaran. Kelab Arsenal juga.
"Pasukan mana yang mendapat lebih banyak kad kuning selepas empat atau lima kekasaran? Arsenal juga. Ada sesetengah pasukan mendapat kad kuning pertama selepas melakukan 15 kekasaran. Ini tidak adil."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment