Thursday, November 20, 2008

Disebalik Cite YOB 08/09


Sentuhan Karathu tetap ditagih


KARATHU (kanan) pernah membimbing skuad Perak sebelum ini.

PENYOKONG setia Skor Yob Skor tetap menagih sentuhan M. Karathu bagi membimbing skuad bola sepak Perak musim depan,

Sehubungan itu, mereka meminta ahli majlis Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) yang dipimpin Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya meniimbangkan kedudukan Karathu sebagai jurulatih.

Mereka percaya Karathu mampu mengembalikan kekuatan Perak dalam kelompok pasukan elit sekalipun skuad Seladang itu kehilangan ramai tonggak utama yang berhijrah.

Presiden Kelab Peminat Bola Sepak Perak (KPBP), Abdul Jamil Othman percaya Perak masih mampu menjadi antara pencabar terkuat dalam kempen Liga Malaysia (Liga M) yang bermula 3 Januari depan.

"Perak tidak akan menjadi pasukan belasahan musim depan kerana kekuatan Seladang belum luntur," jelas jamil othman.

"Jadi saya berharap ahli majlis Pafa menyegerakan pemilihan jurulatih Perak kerana saingan musim depan semakin hampir.

"Saya percaya pengalaman luas Karathu mampu digunakan untuk membina semula kekuatan skuad Seladang selain tenaga tambahan daripada pemain muda yang bakal menyarung jersi Perak."

Difahamkan, ahli majlis Pafa yang baru dilantik bagi sesi 2008 hingga 2010 akan mengadakan mesyuarat pertamanya Sabtu ini, sekali gus bakal menamakan pengurus dan jurulatih Perak yang baru.

Yob Pasca TSUNAMI..pdg jarak pdg tekuko

Nampak mcm ada sinar jer.... tak tau ler berape KANDELA (sukatan cahaya dalam fizik) sinar cahaya tu....

Setakat ni kite pakey le dulu senarai AMER bagi ni...

SETAKAT NI PEMAIN yang SUDAH KITA TAHU 15 orang

Megat Amir Faisal-------orang lama. sejak tahun 1999 lagi
Azlan Jaberi
Kamarul Efendi

Arif fadlie saidin
Chua Kun Hong
S Subramaniam
Syazwan Roslan
Abdullah Mat Kassim

Mohd Nazri Kamal
Mohd Arsyah Ayob-----(5 TAHUN pengalaman dalam liga M bersama Melaka, Sabah, DPMM dan Sarawak)
Mohd Nor Hazrul Mustapha
Mohd Fauzi Kassim

Mohd Razali Umar Kandasamy
Hardi Yahya------bekas pemain presiden Selangor
Thinagaran-------bekas pemain presiden Selangor

Di daftarkan ke FAM sudah pasti 22 orang kan. . .
ada 7 lagi kekosongan yang kita tak tahu SAPA DIA!!

LineUP DeFeN

Subra... dia ni utility back... kalo ikut dia ni macam Lan gak... tight marking dia bagus.. dia ni lebih sesuai jadi stopper... bukan last man sebab height tak de...

Chun lak memang pure bek tgh... awok dah pernah tgk dia main... bagus gak dia ni... tapi honestly tak sebaguih choi la... heheheh... cuma masih muda lagi mungkin boleh di gilap.. macam bese sentiasa kene panggey national call up... tapi macam bese gak kene drop last minute...

Bagi awok gandingan Subra dgn Chun ok le gak... idak le haup sgt... Subra ada pengalaman national level.... Chun lak regular first team Penang season lepas... c uma ghase awok tak sekukuh gandingan Choi dengan Faizal Zainal dulu la..

sebab bagi awok, awok letakkan KPI defend ni mesti sama macam Choi dgn Faizal dulu... koghang2 le.. may be season depan tak dapat lagi kot... tapi ok le

Ni line up defensive Perak sizen depan yang awok nampak la

Megat (Keeper)
ni boleh le kot guna perumpamaan tiada rotan akar pun jadi la.. bukan berguna lagi... hehehehe....dah sampai hujung zaman dah kot... dia betoi2 top masa kat Penang dulu... paling teruk masa kat Selangor dulu.. tapi tak tau la mungkin dekat Perak dia dapat naik balik... mintak2 macam tu la.. nama dia ni dulu tak de pun dlm list Perak... tapi memandang kan Perak gagal dapat kan kiper pengalaman lain maka amek le dia ni utk jadi pembimbing pada KE sebab KE di kata kan masih belum bersedia utk pegang first kiper lagi

Syazwan (Bek kanan)
sizen lepeh di pinjam kan ke perlis.. . seorg yang attacking minded.... mungkin kita dah jumpa pengganti Chan.... ok ada tgk dia ni main masa dia sebelum ke perlis lagi... bagus budak nye... tricky oghang pengkalan cakap.. dia ni pun utility gak... boleh main winger... dah ada experience main kat super league dgn Perlis... mungkin berguna utk sizen depan

Arif (Bek kiri)
Tegap tapi mental kene kuat....seorg pemain yang baik.. dan ada potensi.. sizen lepeh di kate kan dia tak dapat bermain dgn baik kerana sikap dia yang takut buat salah....e le mase tu paham2 je le AA macam mane... hehehehe.. mental tak kuat memang tak leh tahan nye... ni sizen ni tak de senior dah tak de alasan dah le ye yop... heheheh

Chun (Bek tegah)
regular first team kat Penang.. . .muka wajib tayang kat wisma FAM tapi muka wajib gak la tak de dalam senarai akhir kebangsaan... baik dan awok suka tgk dia ni bab tackle dia.. bersih dan timing yang tepat... tapi tu dulu la.. lepeh ni tak tau le... bagi awok berbaloi.. sizing ada.. .

Subra(Bek tengah)
yang ni tak payah citer la... chipeita dulu pun liat nak lepeh dia ni.. awok prefer dia ni main stopper sebab keras dan bijak baca pergerakan lawan... badan kecik tapi ada kelajuan.... rasa nye dia ni akan jadi kapitan.... tapi dia ni bese nye muka wajib gak la nak dapat kad.

ok kot utk defend dulu... yang lain nanti awok sambung.... ada keje nak siap kan dulu... ingat macam kome ke boleh ngulor sepanjang haghi....

Target MALAYSIA

FAM buru kelompok 130 terbaik

SKUAD bola sepak negara ada misi baru tahun depan.
Ini kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menyasarkan skuad negara perlu menduduki kelompok 130 pasukan terbaik dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin memberitahu, sasaran itu telah diputuskan oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah selepas skuad negara berjaya memperbaiki kedudukan daripada tangga ke-166 dunia pada Julai lepas kepada ranking ke-151 dunia bulan ini.

"Amanat ini adalah daripada titah Tuanku Presiden sendiri yang mahu kita meletakkan satu matlamat utama untuk meningkatkan ranking kita pada tahun depan," kata Khairy pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM V di Wisma FAM semalam.

"Tiada sasaran spesifik bagi kedudukan ranking ini, cuma cukuplah jika kita mahu skuad negara berada dalam kelompok 130 ranking dunia.

"Jadi untuk mencapai sasaran tersebut, FAM akan mengatur lebih banyak perlawanan antarabangsa berkelas A yang melibatkan skuad senior negara dengan pasukan kebangsaan negara lain."


SKUAD bola sepak negara kini berada pada ranking ke-151 dunia.


Untuk rekod, pencapaian terbaik skuad negara dalam ranking FIFA ialah ketika menduduki tangga ke-75 pada Ogos 1993.

Pada April tahun ini, ranking skuad negara jatuh mendadak apabila menduduki tangga ke-170 dunia, pencapaian terburuk sejak tahun 1993.

Selepas memperbaiki kedudukan ke-162 dunia Ogos lepas, kejayaan muncul naib juara Pestabola Merdeka pada Oktober lalu menyaksikan skuad negara membaiki pencapaian untuk berada pada ranking ke-151 dunia.

Khairy turut menambah bahawa matlamat utama FAM pada tahun 2009 ialah memberi tumpuan pada temasya Sukan SEA di Laos.

"Jika tahun ini matlamat kita Piala Suzuki AFF, maka tahun 2009 pula keutamaan kita pada Sukan SEA di Laos Disember nanti.

"Oleh itu, FAM akan menetapkan jadual latihan dan persiapan skuad bawah 23 negara untuk memenuhi matlamat kami dengan menjuarai acara bola sepak pada temasya Sukan SEA itu," kata Khairy lagi.

Dalam pada itu, FAM telah mengarahkan jurulatih negara, B. Sathianathan segera memperbaiki kelemahan dalam pasukannya ekoran kekalahan 1-4 kepada Myanmar pada peringkat separuh akhir Piala Cabaran Grand Royal Selasa lalu.

"FAM amat kecewa dengan prestasi skuad negara pada kejohanan itu," kata Khairy.

Wednesday, November 12, 2008

Kisah bekas isteri Abramovich



GAMBAR menunjukkan Abramovich bersama Zhukova di Stadium Bloomfield, Israel
31 Januari lalu.


LONDON - Berkahwin dengan bilionair terkenal seperti pemilik kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich mungkin dianggap sebagai mimpi menjadi kenyataan oleh kebanyakan wanita di dunia.

Bagaimanapun, sebuah akhbar semalam mendedahkan bekas isteri Abramovich, Irina menyatakan bahawa perkahwinannya dengan bilionair dari Rusia tersebut umpama satu mimpi ngeri.

Irina berkata, sepanjang 16 tahun, perkahwinannya dengan Abramovich diselubungi dengan ketakutan kerana dia bimbang lima anaknya menjadi sasaran penculik.

"Kehidupan saya dengan Abramovich bukanlah seindah umpama cerita dongeng seperti yang dilaporkan oleh media," kata Irina.

Irina, 41, berkenalan dengan Abramovich yang merupakan antara individu terkaya di dunia ketika dia bekerja sebagai pramugari.

Menurut majalah Forbes, pada 5 Mac 2008, harta Abramovich dianggarkan berjumlah AS$23.5 bilion (RM84.43 bilion) tetapi kini, hartanya menyusut kepada AS$20 bilion (RM71.87 bilion) akibat krisis kewangan global.

Abramovich juga dilaporkan mengalami kerugian sebanyak £12 bilion (RM65.76 bilion) di pasaran saham Rusia selepas Index Micex jatuh mendadak baru-baru ini.

Menurut Irina, keluarganya sering dilindungi oleh sekumpulan pengawal peribadi bagi melindungi mereka daripada penculik.

"Untuk keselamatan saya dan lebih penting lagi anak-anak kami, Abramovich mengupah sekumpulan pengawal peribadi sebuah agensi keselamatan," jelasnya.


RINA bercerai dengan Abramovich pada Februari 2007.


"Kami juga terpaksa menukar nombor telefon bimbit pada tiap-tiap minggu supaya mana-mana pihak sukar mengesan di mana kami berada.

"Kami sentiasa bimbang menjadi sasaran penculikan," ujarnya.

"Kami sedar bahawa kami tidak boleh menyembunyikan anak-anak kami dan tidak mendedahkan mereka kepada dunia yang sebenar," katanya.

"Kami juga terpaksa diiringi oleh sekumpulan pengawal peribadi yang ramai walaupun mengunjungi panggung wayang atau muzium.

"Bekas suami saya sudah biasa dengan suasana seperti itu tetapi pada setiap tahun ia menjadi sukar bagi saya," ujarnya.

Irina tidak mahu mengulas berhubung teman wanita terbaru Abramovich, Daria Zhukova yang 15 tahun lebih muda daripadanya .

Bagaimanapun, Irina berkata, bahawa bekas suaminya itu menunaikan janjinya bahawa dua anak lelaki dan tiga anak perempuannya akan mendapat segala yang diidamkan mereka.

Menurutnya, dia tidak pernah merasai pengalaman dilindungi oleh pengawal peribadi ketika di zaman kanak-kanak.

Irina berkata, bapanya mati dibunuh ketika dia masih kecil.

"Saya membesar tanpa bapa dan sebab itu penting bagi saya bahawa anak-anak saya akan mendapat apa yang mereka mahukan," katanya.

"Abramovich berjanji bahawa anak-anak kami tidak akan diabaikan dan sehingga kini walaupun kami sudah bercerai, dia tetap menunaikan janjinya," ujarnya.

Pada 15 Oktober 2006, akhbar News of the World melaporkan bahawa Irina mengambil dua peguam penceraian terkenal di Britain selepas Abramovich dilaporkan menjalinkan hubungan dengan Zhukova, berumur 26 tahun.

Zhukova merupakan anak seorang pemimpin Rusia dan dia juga pernah menjalinkan hubungan dengan pemain tenis terkenal, Marat Safin.

Abramovich dan Irina bercerai di Rusia pada Februari 2007 dengan penyelesaian perkahwinan mereka dilaporkan berjumlah AS$300 juta (RM1.08 bilion) tetapi angka sebenar tidak didedahkan.

Setakat ini, Irina tidak dikaitkan dengan mana-mana lelaki selepas bercerai dengan Abramovich.

Terdapat spekulasi bahawa Irina memberi perhatian lebih berat terhadap agama selepas perceraian.

Dia juga dipercayai menghabiskan banyak masa di Britain kerana anak-anaknya belajar di negara tersebut.

Baru-baru ini, Irina menghadiri parti yang dianjurkan oleh saingan Abramovich dalam sukan bola sepak iaitu, Alisher Usmanov di Moscow, Rusia.

Usmanov yang merupakan seorang ahli perniagaan adalah pemegang saham terbesar kelab bola sepak Arsenal dan rakan karib Presiden Rusia, Dmitry Medvedev.

Isteri, Medvdev turut menghadiri parti itu.

Dalam parti itu, Irina turut duduk di sebelah bekas wanita pertama Rusia, Naina Yeltsin. - Agensi

Awal Musim diganyang,Akhirnya Spurs Harry potter tunjukkan kehebatan

Tottenham leburkan Liverpool 4-2


LONDON: Harry Redknapp sekali lagi melengkapkan sentuhannya bagi membolehkan Tottenham menunjukkan Liverpool jalan keluar pada saingan Piala Liga dengan keputusan 4-2, di White Hart Lane, awal pagi tadi.

Selepas 11 hari menewaskan Liverpool pada saingan Liga Perdana, iaitu kekalahan pertama Liverpool musim ini, anak buah Redknapp sekali lagi mencalarkan imej The Reds.

Hero Redknapp kali ini menerusi dua gol masing-masing oleh Fraizer Campbell dan Roman Pavyluchenko.

Kemenangan itu menyaksikan Redknapp kini sudah mencipta lima kemenangan daripada enam perlawanan kendaliannya.

Apa yang mengejutkan, Tottenham memperoleh tiga gol dalam masa enam minit.

Pemain tengah Russia, Pavlyuchenko memperoleh gol pertama pada minit ke-38 selepas mendapat bola lintang Campbell.

Campbell, yang dipinjamkan oleh Manchester United, menambah derita Liverpool empat minit selepas itu apabila mudah menyepak bola selepas berlaku kekeliruan antara penjaga gol Diego Cavalieri dan Andrea Dossena.

Tottenham terus memburu gol ketiga hampir tamat separuh masa pertama apabila Aaron Lennon menghantar bola ke arah Campbell yang menanduk masuk menewaskan Cavalieri.

Liverpool yang ketinggalan berjaya mendekatkan perbezaan gol menerusi jaringan, Damien Plessis pada minit ke-49, sebelum Pavlyuchenko memperoleh gol keduanya tiga minit selepas itu.

Tandukan Sami Hyypia pada minit ke-63 bagaimanapun sudah terlambat untuk Liverpool kembali bersaing.

Bersinarnyee Permata2 Budak Belasan Tahun GUNNERS

Wenger puji aksi skuad muda



VELA (kiri) mudah melepasi dua kawalan pertahan Wigan dalam aksi Piala Liga di Stadium Emirates, kelmarin. Arsenal menang 3-0.

Sedia serap mereka dalam pasukan senior Arsenal harungi kancah EPL

LONDON: Arsene Wenger mengakui dia tergerak untuk mengadunkan segelintir bakat muda daripada skuad Arsenal di Piala Liga dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menyaksikan mereka bersahaja membenam Wigan 3-0, kelmarin.

Kelab berpusat di utara London itu layak ke suku akhir dengan gaya amat mudah hasil dua gol sumbangan Jay Simpson dan gol ketiga cantik Carlos Vela - dua daripada 10 pemain muda diturunkan Wenger menentang Wigan yang hanya membuat satu pertukaran selepas aksi liga utama menentang Stoke.

Ia adalah persembahan sempurna daripada skuad dibarisi pemain usia muda dan satu-satunya orang yang tidak terkejut ialah Wenger sendiri.


Pengendali Perancis itu mengendalikan pembangunan pasukan ini daripada dekat dan bertegas mereka tidak akan kekok beraksi dalam EPL.

"Memang saya tergerak untuk menurunkan mereka. Tekanannya berbeza dalam EPL tetapi apa yang mereka lakukan bukan kebetulan - ianya kualiti. Ini ujian besar untuk pasukan muda yang dibarisi ramai pemain bawah 18 tahun dan mereka menanganinya dengan baik.

"Ia adalah kombinasi hebat keinginan, tenaga dan kualiti dan kami bersedia sejak minit awal lagi. Kami bersemangat dan ia kemenangan yang menakjubkan.

"Pemain-pemain ini mengejutkan semua orang kerana ia adunan perwatakan, komitmen dan ketenangan. Mereka kekal amat tenang ketika tertekan dan sentiasa mempamer aksi menarik," katanya.

Wenger menyimpan pujian istimewa buat Simpson - "perwatakan dan kekuatan fizikalnya membanggakan" - dan Wilshere, yang menjelmakan aksi kemas daripada bahagian tengah.

Aturan umpanan dan geraknya mengundang bandingan dengan pemain seniornya, Cecs Fabregas, yang tidak menyembunyikan rasa kagum daripada tempat duduk di belakang Wenger.

"Jack pemain berbeza daripada Cesc - lebih suka menggelecek ketika Cesc lebih mengumpan. Tetapi mereka mampu menghasilkan aksi bagus bersama-sama. Mereka punya potensi yang sama.

"Kedua-duanya pemain berwibawa dan tidak takut cabaran. Jack membawa bola ke mana sahaja, ianya semula jadi untuknya. Mereka mampu saling melengkapi satu sama lain,

Thursday, November 6, 2008

Fabregas suntik semangat baru

FABREGAS mahu Arsenal bangkit dengan melakar kemenangan
ke atas Red Devils esok.

Perancang Arsenal, Cesc Fabregas mencabar rakan sepasukannya untuk menebus prestasi hambar mereka dengan menewaskan Manchester United pada aksi Liga Perdana England minggu ini.

The Gunners diikat seri tanpa jaringan oleh Fenerbahce dalam aksi Liga Juara-Juara Rabu lalu, menyaksikan mereka mengharungi tiga perlawanan tanpa sebarang kemenangan.

"Kami perlu memperbaiki prestasi kami," kata Fabregas.

"Perlawanan selepas ini ialah menentang United, ia satu pertemuan yang penting. Pastinya kami amat menantikannya kerana ia satu perlawanan yang besar.

"Kami tidak mahu lagi alasan kerana kami bermain untuk Arsenal dan ramai pemain yang mahu menjadi seperti kami. Kami perlu memastikan yang kami memberi segala yang terbaik di atas padang."

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengulangi kritikannya ke atas taktik keras Stoke dengan menuduh pengadil dan pemain lawan itu menjadikan anak buahnya sebagai mangsa.

"Kamu boleh lihat pada kedudukan pasukan paling bersih. Pasukan mana di atas? Kelab Arsenal. Kami tidak perlu belajar dari sesiapa untuk berada di atas. Lihat pasukan mana yang paling sedikit membuat kekasaran. Kelab Arsenal juga.

"Pasukan mana yang mendapat lebih banyak kad kuning selepas empat atau lima kekasaran? Arsenal juga. Ada sesetengah pasukan mendapat kad kuning pertama selepas melakukan 15 kekasaran. Ini tidak adil."