Friday, September 25, 2009

Bahang PIALA MALAYSIA kembali..

Persiapan rapi hebatkan persaingan

Saingan Piala Malaysia yang bermula malam ini bakal menjadi tugas perit buat pasukan pilihan apabila terpaksa memulakan cabaran dengan aksi di tempat lawan.

Selangor, Kelantan, Perlis, Negeri Sembilan juga Johor FC dijangka terpaksa bergelut untuk mencari rentak apabila beraksi di tempat lawan ketika tahap kecergasan pemain belum benar-benar teruji setelah berehat lebih sebulan sempena bulan puasa.

Status pasukan pilihan juga bukan jaminan mereka bakal mendapat laluan mudah walaupun menentang pasukan yang dianggap 'kerdil'.

Jika tersilap langkah, tidak mustahil pasukan yang menjadi belasahan dalam saingan liga mampu mengejutkan pasukan pilihan.

Memetik kata jurulatih Selangor K. Devan, bahawa saingan Piala Malaysia tidak sama seperti saingan liga, ancaman pasukan yang dianggap kerdil tidak boleh dipandang ringan.

"Pasukan yang kurang menyerlah dalam saingan liga pastinya mahu memperbaiki pencapaian mereka dengan memberikan yang terbaik dalam saingan Piala Malaysia.

"Secara tradisinya saingan Piala Malaysia memang berlainan, ia saingan di penghujung musim di mana semua pasukan melakukan persediaan terbaik,'' katanya.

Menyedari perkara itu, Devan yang mengintai piala keempat bersama Selangor selepas Piala Sultan Ahmad Shah, Piala FA dan Liga Super tetap berhati-hati apabila menentang Sabah di Stadium Tawau.

"Kita tidak memandang rendah saingan dari mana-mana pasukan dalam kempen Piala Malaysia,'' katanya.

Selangor dijanjikan tentangan sengit oleh skuad bimbingan Mohd. Asyaraaf Fong yang optimis.

Nada yang sama dilaungkan oleh Kelantan yang beraksi di Stadium Bandaraya menentang Pulau Pinang.

Jurulatih baru skuad Wira Merah, B. Sathianathan yang menggantikan Peter Butler yang meletak jawatan berkata, berdepan pasukan Pulau Pinang bukan mudah.

Jelasnya, rekod pasukan lawan yang cemerlang ketika perlawanan persahabatan menentang Selangor, Kedah dan KM Naza menyebabkan Kelantan harus berhati-hati.

"Berdasarkan rekod mereka yang tidak pernah kalah dalam perlawanan persahabatan, saya sifatkan Pulau Pinang mencatat peningkatan.

"Inilah yang menjadi ancaman kepada Kelantan. Saya baru sahaja tiga hari bersama skuad Kelantan, jadi tidak banyak yang dapat saya lakukan dalam tempoh sesingkat itu.

"Cuma saya harap menerusi para pengalaman para pemain, mereka dapat memberikan persembahan seratus peratus sambil tidak sesekali memandang rendah keupayaan pasukan lawan,'' katanya.

"Naib juara Liga Super, Perlis yang beraksi di Stadium Hang Tuah menentang Melaka tidak mahu leka walaupun hanya berdepan pasukan bertaraf Liga Perdana.

Jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim tidak memandang ringan ancaman Melaka yang mencatat kemenangan di sepanjang perlawanan liga.

"Kami tidak memandang rendah prestasi Melaka, dalam masa yang sama kami tidak mahu memikirkan strategi mereka sebaliknya akan beraksi mengikut cara kami,'' katanya.

Eric CaNtOnA LAgeNDa UniTED & FranCe


Teman minat btol dgn player nie..kalo x ingat teman thn 90an..cantona merupakan playmaker midfielder utk ManU,international team dia main dgn france..ibarat lagenda gak laa mamat nie,kaki samseng dlm padang tapi ok dluar padang..skarg nie aku dgr info dia jadi coach utk team soccer beach utk pasukan france..aku minat gile sbb dia stylo di padang,dgn baju tkluar,kolar terangkat..identiti sebanar bliar arr tu,x silap aku cantona x sebulu dgn rakan senegara dia,David ginola player ni pon favrote aku gak pada thn tu..just yg pasti cantona mmg x nafikan best player yg aku minat..so blogger pe ulasan strusnyee,tuguuu.

Ronaldo, Messi semakin hangat tahun 2009


Hanya empat minggu Liga Sepanyol berlangsung, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi - antara dua penyerang terbaik di dunia - sudah pun membentuk perseteruan yang mencetus rasa ghairah penyokong. Bintang dari Real Madrid dan Barcelona itu masing-masing sudah menyumbat lima gol dalam empat perlawanan setakat ini - sekali gus menyaksikan kelab mereka kini di persada La Liga.

"Saya hanya mahu menang, bukan untuk menjadi 'pichichi' (penjaring terbanyak) La Liga," dakwa Ronaldo selepas menjaringkan gol solo hebat pada minit pertama ketika Real menundukkan Villareal 2-0, Rabu lalu.

"Saya bertuah kerana bermain bersama-sama rakan sepasukan yang beraksi hebat," kata Messi pula selepas menjaringkan dua gol hebat untuk membantu Barcelona membelasah Racing Santander 4-1, Selasa lalu.

Perseteruan mereka jelas membuatkan penyokong dan media Sepanyol begitu teruja.

Ronaldo, 24, yang pantas dan kuat, adalah pemenang anugerah Bola Emas untuk 2008. Messi, 22, lincah dan punya sentuhan tajam, kini adalah pilihan untuk meraih anugerah sama selaku Pemain Terbaik Tahunan 2009.
"Saya tidak cukup untuk menjadi Messi. Apa yang penting bagi saya ialah memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan untuk Real," kata Ronaldo.

"Saya mahu jadi sebagus ini untuk Argentina seperti setiap kali saya lakukan buat Barcelona," kata Messi pula.

Ucapan Selamat Hari Raya

kepada semua pengunjung blogger fislo...teman ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN...maap lame benor teman x update blogger ni!!!Almaklumlaa BZ memanjang..

Wednesday, February 11, 2009

Adebayor Terbaik Afrika 2008


EMMANUEL ADEBAYOR

LAGOS, Nigeria - Penyerang Arsenal, Emmanuel Adebayor dari Togo dinamakan sebagai Pemain Terbaik Afrika 2008 kelmarin.

Adebayor, 24, mengetepikan saingan finalis lain termasuk Michael Essien dari Ghana yang juga pemain tengah Chelsea serta pemain Mesir, Mohamed Aboutrika, pemain tengah kelab Al Ahly menerusi undian oleh 35 jurulatih negara Afrika.

Adebayor menjaringkan 30 gol dalam semua kejohanan untuk Arsenal, mengemudi Togo ke pusingan kelayakan Piala Dunia 2010 dan kejohanan Piala Negara Afrika.

Dia merupakan pemain Togo pertama yang memenangi anugerah itu.

"Saya rasa amat gembira menerima anugerah ini. Saya sangat bangga dengan apa yang saya berjaya lakukan untuk bola sepak Afrika Selatan pada ketika Piala Dunia akan beraksi di sini. Kita akan berusaha keras untuk Piala Dunia dan akan menang kejuaraan itu," katanya pada satu majlis gala di Lagos, semalam.

Friday, January 16, 2009

Kencanganyee Tendangan Kaka Di Mata Dunia




Manchester City dan Kaka mengubah senario bola sepak dunia.Antara wang dan karier, itu yang bermain dalam fikiran pemain tengah Brazil itu ketika ini.

Mana tidaknya, City terus memburu dan yang terbaru, tawaran mencecah 243 juta pound (RM1.28 bilion) dilontarkan semata-mata untuk mendapatkan khidmat Kaka yang kini beraksi dengan kelab AC Milan.

Adakah Milan akan tunduk dengan tawaran tersebut atau terus menyimpan pemain emas mereka itu?

Kelmarin, Milan mengesahkan mereka telah menerima tawaran luar biasa daripada City dan jika dipersetujui ia bakal mengubah rekod perpindahan bola sepak dunia.

City telah mendekati Milan sejak enam bulan lalu apabila mereka membuat tawaran kepada pemain antarabangsa Brazil tersebut.

Dalam pada itu, tidak ada seorangpun pegawai Milan mengulas mengenai tawaran baru City.

Sebaliknya, pengurus City, Mark Hughes terus menyuarakan hasratnya untuk mendapatkan Kaka yang dilabel pemain berkelas dunia.

"Kami perlu berhati-hati, sudah tentu keputusan dalam bola sepak kerja bergantung kepada kami.

"Kami sudah membuat tawaran baru dan kini terpulang kepada Kaka dan pihak pengurusannya (Milan)," kata Hughes

Tuesday, January 13, 2009

Anugerah Fifa 2008/09 Milik Ronaldo&Marta




RONALDO dan Marta megah bersama trofi Pemain Terbaik Dunia- Fifa 2008 yang mereka menangi di Zurich, awal pagi semalam.

Ketepikan Messi jadi pemain kedua Portugal miliki anugerah selepas Figo

Bintang bola sepak Manchester United dan Portugal, Cristiano Ronaldo dinobatkan selaku Pemain Terbaik Dunia-Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) 2008, awal pagi semalam.

Ronaldo yang juga memperoleh Ballon d'Or selaku Pemain Terbaik Eropah 2008 - satu lagi gelaran berprestij dunia bola sepak - menidakkan impian pemenang gelaran 2007, Kaka (Brazil), Lionel Messi (Argentina), Fernando Torres (Sepanyol) dan Xavi (Sepanyol).

"Ia menjadi detik paling menggembirakan dalam kerjaya dan saya ingin hadiahkan kemenangan ini buat keluarga, rakan dan teman sepasukan," kata Ronaldo.

"Menjulang piala Liga Juara-Juara Eropah menjadi detik paling manis yang tidak boleh dilupakan pada 2008," katanya yang menjaringkan gol pada saingan akhir itu tetapi sepakan penaltinya tersasar sewaktu menentang Chelsea.

Sementara itu, pemain tengah Brazil, Marta diumumkan selaku pemain bola sepak terbaik wanita buat kali ketiga berturut-turut.

Ronaldo muncul pemain Portugal kedua meraih anugerah tertinggi Fifa itu selepas Luis Figo pada 2001 dan pemain pertama yang bermain untuk kelab Inggeris. Dia mendapat 935 mata hasil undian jurulatih dan ketua pasukan kebangsaan 155 negara yang mengambil bahagian.

Messi berada di tempat kedua (678 mata) diikuti Torres (203), Kaka (183) dan Xavi (155).

Ronaldo kemudian meneruskan ucapannya dengan pujian melangit terhadap pengurus pasukan United, Alex Ferguson selepas hubungan mereka kelihatan tegang sewaktu musim panas lalu berhubung desas-desus dia mahu meninggalkan kelab England itu untuk mewakili Real Madrid.

"Memang terbukti bahawa pengurus sentiasa memainkan peranan penting," kata Ronaldo. Ia menjadi musim yang hebat bagi saya serta kelab dan jurulatih amat penting bagi saya kerana saya banyak belajar daripadanya.

"Pengalaman bertahun-tahunnya amat penting dan saya berasa bertuah dapat bersama dengan pengurus kelab yang agung.

"Ini menjadi kemuncak era yang menakjubkan buat saya. Saya amat gembira dan bangga terhadap apa yang dilakukan dan segala kemenangan yang diraih. Saya bertuah kerana menjadi sebahagian daripada lembaran sejarah sebuah kelab seperti Manchester United