Friday, September 25, 2009
Ronaldo, Messi semakin hangat tahun 2009
Hanya empat minggu Liga Sepanyol berlangsung, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi - antara dua penyerang terbaik di dunia - sudah pun membentuk perseteruan yang mencetus rasa ghairah penyokong. Bintang dari Real Madrid dan Barcelona itu masing-masing sudah menyumbat lima gol dalam empat perlawanan setakat ini - sekali gus menyaksikan kelab mereka kini di persada La Liga.
"Saya hanya mahu menang, bukan untuk menjadi 'pichichi' (penjaring terbanyak) La Liga," dakwa Ronaldo selepas menjaringkan gol solo hebat pada minit pertama ketika Real menundukkan Villareal 2-0, Rabu lalu.
"Saya bertuah kerana bermain bersama-sama rakan sepasukan yang beraksi hebat," kata Messi pula selepas menjaringkan dua gol hebat untuk membantu Barcelona membelasah Racing Santander 4-1, Selasa lalu.
Perseteruan mereka jelas membuatkan penyokong dan media Sepanyol begitu teruja.
Ronaldo, 24, yang pantas dan kuat, adalah pemenang anugerah Bola Emas untuk 2008. Messi, 22, lincah dan punya sentuhan tajam, kini adalah pilihan untuk meraih anugerah sama selaku Pemain Terbaik Tahunan 2009.
"Saya tidak cukup untuk menjadi Messi. Apa yang penting bagi saya ialah memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan untuk Real," kata Ronaldo.
"Saya mahu jadi sebagus ini untuk Argentina seperti setiap kali saya lakukan buat Barcelona," kata Messi pula.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment