Thursday, December 25, 2008

Pembunuh Bola Sepak Negara



RAJA AHMAD ZAINUDDIN meraikan kejayaan Perak muncul juara Piala Malaysia edisi 1998 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.


GEJALA rasuah kembali menular dalam sukan bola sepak negara?

Itu persoalan utama yang kembali diperdebatkan di kalangan pemerhati serta peminat sukan No. 1 negara itu.

Andai benar seperti apa yang didedahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini bahawa gejala rasuah kembali 'menghiasi' bola sepak tanah air, satu tindakan pro-aktif harus dilaksanakan bagi mengelakkan ia menjadi 'barah' sehingga melumpuhkan perkembangan sukan No. 1 negara itu.

Jika diimbas kembali, negara pernah digemparkan dengan skandal rasuah pada tahun 1994 dan 1995. Ketika itu, lebih 100 pemain serta jurulatih yang disyaki mengatur keputusan perlawanan Piala Malaysia dan Liga Perdana ditahan pihak berkuasa untuk disoal siasat.

Hasilnya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenakan hukuman di bawah Akta Kediaman Terhad terhadap 26 pemain yang menyaksikan mereka dibuang daerah manakala Lembaga Disiplin FAM pula menggantung penyertaan antara satu hingga lima tahun terhadap 57 pemain serta seorang penolong jurulatih.

Namun, timbul tanda tanya siapa dan bagaimana skandal ini boleh didedahkan?

Harus diakui bahawa rasuah sememangnya jenayah paling sukar dibanteras kerana pelakunya susah untuk dibuktikan berbanding kegiatan mencuri, merompak, merogol mahupun membunuh.

"Saya orang pertama yang membuat laporan polis berhubung gejala rasuah dalam bola sepak yang berlaku sekitar tahun 1994 dan 1995 di negara ini."

Demikian pengakuan bekas Setiausaha Agung FAM, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP).


AINI (kanan) serta bekas jurulatih, Ken Worden dianggap arkitek kejayaan Selangor sekitar tahun 1990-an.


Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, gejala rasuah ini mula didedahkan apabila beliau hadir menyaksikan perlawanan yang membabitkan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya.

"Apabila saya masuk ke stadium, ada beberapa penonton yang sudah beritahu saya keputusan sebelum perlawanan berlangsung. Kebiasaannya mereka ini (penonton) hanya menunjukkan dengan jari keputusan perlawanan pada hari berkenaan, tidak kira pasukan mana yang menang, Pulau Pinang mahupun pihak lawan.

"Pada mulanya, saya tidak begitu ambil peduli kerana menganggap ini semua asam garam bola sepak kerana kerenah penonton macam-macam boleh dilihat.

"Bagaimanapun, saya mula mempercayai mereka kerana apa yang dikatakan mereka memang benar-benar berlaku. Paling mengejutkan saya apabila mereka sudah tahu lebih awal mana-mana pemain yang dikenakan kad merah atau kad kuning," jelas Ibrahim kepada Kosmo! baru-baru ini.

Ibrahim menambah, ekoran situasi tersebut, dia melakukan siasatan sendiri kerana mengesyaki terdapat beberapa pemain skuad Harimau Kumbang itu terlibat dengan gejala rasuah.

"Saya sudah tidak tahan melihatkan masalah ini dan ketika itu, saya benar-benar kecewa dan marah selepas mendapati ada pemain yang terlibat dengan gejala rasuah. Selepas bertungkus-lumus mencari wang untuk membayar gaji pemain, tetapi inilah yang terjadi.

"Akhirnya, kami (FAP) membuat keputusan untuk melaporkan masalah ini kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk melakukan siasatan lanjut.

"Bermula dari saat itu, pemain yang disyaki terlibat dengan rasuah telah disoal siasat oleh BPR sehingga mereka yang didapati bersalah dikenakan hukuman.

"Saya boleh katakan hampir seluruh skuad Pulau Pinang terlibat dengan gejala tidak bermoral itu," kata Ibrahim yang pernah menyandang jawatan selaku Naib Presiden FAM sebelum dilantik sebagai Setiausaha Agung FAM.

Jelas Ibrahim, disebabkan pendedahannya itu, satu demi satu pasukan yang beraksi dalam kancah Liga Perdana turut menerima tempiasnya.

"Mungkin ketika itu kali pertama gejala rasuah didedahkan, sebab itu 'pecah' satu Malaysia. Dari situ, terbongkar semua rahsia, hampir seluruh pasukan di Malaysia didakwa terlibat dengan rasuah.

"Selepas kes di Pulau Pinang, apa yang saya ketahui, BPR serta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan siasatan secara besar-besaran sehingga tertangkapnya lebih 100 pemain serta jurulatih yang didakwa mengatur perlawanan," ujar Ibrahim.


AHMAD SHAHRUL AZHAR menerima Piala Malaysia daripada bekas Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Sultan Salahhuddin Abdul Aziz Shah selepas Perak ditabalkan juara Piala Malaysia musim 2000.


Sementara itu, antara individu yang pernah 'menderita' akibat gejala tidak bermoral ini ialah bekas pengurus pasukan Perak, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

Ketika isu rasuah ini timbul pada pertengahan tahun 1990-an, beliau baru sahaja kembali mengurus skuad Seladang selepas tamat tempoh penggantungannya ekoran salah laku disiplin.

"Tugas saya ketika itu amat berat. Bagaimanapun, saya tidak mudah menyerah kalah. Boleh dikatakan saya hilang hampir seluruh pemain utama akibat rasuah.

"Disebabkan itu, saya terpaksa mencari pemain baru serta muda untuk diketengahkan. Dari situlah lahir nama-nama seperti Ahmad Shahrul Azhar, Syamsol Saad, Shamsul Akmar Japeri dan beberapa pemain muda berbakat," jelas Raja Ahmad.

Mengulas mengenai gejala rasuah yang berlaku ketika itu, Raja Ahmad berkata, pada mulanya dia agak terkejut dengan laporan yang mengatakan beberapa tonggak utama Perak terlibat.

"Sudah pasti kita tidak sangka akan berlaku hal ini. Setahu saya, masalah gaji ketika itu tidak pernah timbul dan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) sentiasa melunaskan janji-janji mereka kepada pemain..

"Mungkin keadaan sekeliling yang menyebabkan pemain ini terlibat dengan rasuah. Mungkin juga ada pemain yang terlalu mengejar kemewahan sehingga mereka lupa tanggungjawab sebagai seorang pemain.

"Sekali imbas, bukan sebab masalah taraf hidup (pemain terlibat dengan rasuah), tetapi mereka ini tamak. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, siapa yang mahu menolak jika imbuhan itu besar. Tambahan pula pemain berkenaan benar-benar memerlukan duit," kata Raja Ahmad Zainuddin.


PENYOKONG bola sepak tempatan sentiasa berdiri teguh di belakang pasukan kesayangan mereka.


Bekas Naib Presiden FAM itu menambah, skuad Perak memerlukan tempoh tiga tahun untuk kembali bangkit menjadi antara pasukan paling disegani selepas ditimpa 'malapetaka' tersebut.

"Selepas tiga tahun, Perak kembali muncul antara kuasa bola sepak tempatan. Buktinya, Perak berjaya muncul juara Piala Malaysia pada tahun 1998 hasil bimbingan jurulatih Karl-Heinz Weigang," jelas Raja Ahmad Zainuddin.

Bagi menangani gejala rasuah daripada terus berleluasa, Raja Ahmad Zainuddin berkata, pihak pengurusan setiap pasukan harus mengambil inisiatif tersendiri dalam memberi tunjuk ajar serta motivasi kepada pemain serta pegawainya.

"Bola sepak adalah sukan No. 1 di negara ini dan mempunyai ramai pengikut, tetapi sukan ini dan karier pemain boleh hancur andainya mereka gagal mendisiplinkan diri.

"Bekerjasama dengan pihak berkuasa adalah langkah terbaik bagi membanteras gejala rasuah dan jangan memberi sebarang alasan jika ada yang terjebak dengan kegiatan tidak bermoral itu kerana rasuah tidak menjamin seseorang itu menjadi kaya melainkan usaha gigih sendiri," kata beliau.

Turut menceritakan pengalaman dahsyat yang pernah dialami ekoran skandal rasuah ini ialah bekas pengurus pasukan Selangor, Datuk Mohd. Aini Taib.

Aini berkata, skuad Gergasi Merah lumpuh seketika selepas enam pemainnya didapati bersalah terlibat dengan gejala tidak bermaruah itu.

"Apa yang kita hendak buat lagi apabila pemain yang diberi kepercayaan sanggup melakukan kesalahan sedemikian rupa. Ia satu berita yang menyedihkan kerana Selangor yang cukup gah di persada bola sepak tempatan turut dibelenggu dengan gejala rasuah.

"Pada mulanya, saya agak sangsi dengan laporan yang mengatakan pemain Selangor terlibat dengan rasuah. Namun saya mula dapati ada sesuatu yang tidak betul berlaku melihatkan beberapa keputusan perlawanan.

"Sebagai contoh, pada perlawanan separuh akhir Piala FA ketika Selangor menentang Kuala Lumpur, sekalipun selesa mendahului 2-0 pada babak pertama, kami terpaksa pulang dengan kosong apabila tewas 2-4.

"Trend itu saya lihat berlaku pada perlawanan-perlawanan tertentu. Apabila trend itu sudah ada dan saya mula syak ada sesuatu yang tidak kena, saya mula buat siasatan sendiri.

"Saya lantik dua pegawai penyiasat yang juga bekas anggota polis untuk memantau setiap gerak-geri pemain yang disyaki. Akhirnya memang benar pemain yang disyaki ini terlibat dengan rasuah," jelas Aini yang pernah memegang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).


SELANGOR merupakan pasukan yang cukup disegani dalam kancah bola sepak tempatan.


Pastinya, pendedahan yang dibuat oleh tiga individu ini (Ibrahim, Raja Ahmad Zainuddin dan Aini) yang pernah terlibat secara langsung dalam menangani gejala rasuah perlu diambil perhatian serta pertimbangan yang sewajarnya oleh pihak berwajib.

Sesungguhnya gejala rasuah yang dikatakan kembali menular dalam kancah bola sepak tempatan, tidak boleh dipandang ringan serta perlu dibanteras segera dengan kerjasama semua pihak.

Sebagaimana yang telah dititahkan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah: "Saya tidak mahu gejala rasuah ini menjadi barah dalam industri bola sepak kita."

Justeru, satu metodologi terbaik harus diusahakan segera oleh tiga pihak berkenaan (FAM, BPR serta PDRM) bagi menangani skandal rasuah ini yang jika tidak dibendung dengan serius, dibimbangi mampu meruntuhkan institusi bola sepak tanah air.



Tuesday, December 23, 2008

Player Kebangsaan Ade Aje KeHaiinye..

Rita sah hamil dua bulan



Pelakon Rita Rudaini, 32, yang berkahwin secara rahsia dengan teman lelakinya, Aidil Zafuan Abd. Radzak, 21, disahkan telah hamil.

Usia kandungan Rita kini sudah mencecah dua bulan setengah.

"Rita memang tertekan dengan keadaan yang berlaku sekarang tetapi sangat gembira kerana sudah disahkan mengandung dan dia juga masih mampu menjalani penggambaran sebuah drama bersiri dengan Suhan Movies pada ketika ini," kata sumber yang merupakan teman rapat pelakon jelita itu.

Bagaimanapun,suami Aidil yang ditemui semalam enggan mengulas mengenai kehamilan isterinya. Dia berjanji akan menjelaskan segalanya dalam satu sidang akhbar beberapa hari lagi.

"Maaf, saya enggan komen. Satu sidang akhbar akan dibuat (tidak lama lagi). Ketika itu, abang (wartawan) boleh tanya macam-macam,'' ujarnya.

Demikian komen ringkas Aidil ketika ditanya mengenai status Rita yang dikatakan sedang mengandung dua bulan setengah selepas perkahwinan rahsia mereka berdua di Songkhla, Thailand Februari lalu terbongkar baru-baru ini.

Enggan bercakap banyak, Aidil bagaimanapun mengakui telah berjumpa keluarganya bagi menjernihkan keadaan dua hari selepas keluarganya membuat sidang akhbar di Seremban baru-baru ini. Rita bagaimanapun tidak ikut sekali dalam pertemuan itu.

Friday, December 19, 2008

Nakalnyaa Player Nie..!!

Zafuan kahwin Rita: Jurulatih, rakan sokong



Jurulatih dan rakan sepasukan termasuk adik kembar Aidil Zafuan Abd. Radzak menyokong tindakan bek tengah skuad bola sepak negara itu berkahwin pada usia muda walaupun terkejut dengan pilihannya.

Rata-rata mereka tidak menyedari pemain berusia 21 tahun itu menjalin hubungan cinta dengan pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar yang 11 tahun lebih tua daripadanya apatah lagi sudah berkahwin sejak Februari lalu.

Mereka bagaimanapun yakin perkahwinan Aidil Zafuan dengan Rita, 32, tidak akan menjejaskan prestasinya dalam pasukan kebangsaan dan Negeri Sembilan.

Jurulatih Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), Aminuddin Hussein yang bertanggungjawab mencungkil bakat Aidil Zafuan percaya perkahwinan itu akan menjadikannya lebih bertanggungjawab dan berdisiplin dalam kehidupan atau sukan.

“Nampaknya dia mengikut nasihat saya supaya berkahwin awal tetapi saya harap tumpuannya sebagai seorang pemain profesional yang berbakat tidak terpesong dengan masalah di luar gelanggang apatah lagi apabila berkahwin dengan seorang artis popular,” katanya.

Penolong jurulatih negara pada Piala Suzuki AFF lalu, Mohamad Zaki Shaikh Ahmad pula menyifatkan tindakan anak buahnya berkahwin itu lebih baik daripada terjebak dengan gejala maksiat.

“Saya pernah menasihatkan Aidil Zafuan ketika di Phuket supaya meluahkan apa sahaja masalah yang terpendam di hati kerana sekurang-kurangnya ia akan melegakan kita walaupun belum dapat menyelesaikan masalah sepenuhnya,’’ katanya.

Dalam pada itu, kembar Aidil Zafuan, Zaquan Adha (gambar), yang merupakan penyerang negara akur dengan perkahwinan abangnya walaupun agak terkilan dengan tindakan membelakangkan keluarga.

“Saya pun terkejut tetapi saya hendak buat macam mana, walaupun susah saya hendak menyokongnya.

“Ketika berhubung dengan telefon, dia cuma katakan kepada saya, dia tahu dia bersalah kepada mak dan abah tetapi tidak tahu apa yang perlu dibuat. Saya pun tidak mahu membebankan atau mengganggu sangat kerana saya tahu dia mampu menangani keadaan itu,” katanya.

Dia bagaimanapun tetap mendoakan semoga kembarnya itu bahagia melayari bahtera perkahwinan.

Bagi rakan sepasukan, Nizaruddin Yusof, berpendapat kahwin muda dapat membantu meningkatkan prestasi atlet seperti yang berlaku padanya yang mendirikan rumah tangga kira-kira enam tahun lalu.

“Pemain yang sudah berkahwin ini akan lebih banyak meluangkan masa di rumah dan isteri, tidak akan membuang masa tidak tentu fasal di luar dan lebih bertanggungjawab,” katanya.

Bunyamin Umar, pemain UPB-MyTeam dan seangkatan pasangan kembar Abd. Radzak itu sejak menuntut di SSBJ turut mendoakan kebahagiaan Aidil Zafuan walaupun tidak menyangka rakan baiknya yang pendiam itu mendapat jodoh awal.

Jadual Kalah Mati Perlawanan Liga Juara2 Eropah 2008/09

Juara jumpa juara..

Switzerland - Juara Eropah sembilan kali, Real Madrid bakal menjadi halangan kepada juara lima kali, Liverpool dalam undian sengit peringkat kalah mati yang melibatkan bekas-bekas juara pada saingan bola sepak Liga Juara-Juara Eropah, semalam.

Malah, penyandang juara, Manchester United juga tidak lepas daripada menerima laluan getir apabila diundi menentang juara Serie A, Inter Milan.

Arsenal dilihat sebagai pilihan untuk melangkah lebih jauh selepas menerima undian lebih mudah dengan menentang wakil Itali, AS Roma.

Juara Perancis tujuh kali, Lyon pula bakal berdepan juara Eropah 2006 dan pendahulu bola sepak Liga Sepanyol, Barcelona dalam pertarungan dua peringkat itu.

Satu lagi pasukan Sepanyol, Villarreal diundi menentang kelab Greece, Panathinaikos, sementara bekas juara, Bayern Munich tidak mengharapkan undian lebih baik selepas bertemu Sporting Lisbon dari Portugal.

Sementara Atletico Madrid, yang mempamer prestasi tidak menentu ketika ini diundi bertemu juara 2004, FC Porto.

Naib juara tahun lalu, Chelsea tidak terlepas daripada menerima lalu sukar dengan kelab besar Itali, Juventus menjadi lawan di peringkat kalah mati.

Sunday, December 14, 2008

Beckham ibu bapa contoh - Seal



SEAL dan anak-anaknya. Dalam bulatan, David bersama tiga anak lelakinya.


TERKENAL dengan imej bapa dan suami yang baik, penyanyi Seal memuji pasangan David dan Victoria Beckham sebagai pasangan yang baik dan bijak dalam mendidik anak-anak.

Suami kepada supermodel Heidi Klum ini melahirkan perasaannya terujanya melihat pasangan Beckham yang berjaya menjadi ibu bapa yang baik kepada tiga anak lelaki mereka, di sebalik menjadi selebriti glamor dan terkenal.

Seal yang memiliki tiga anak, dua hasil perkahwinannya dengan Heidi iaitu Henry, 3 tahun, dan Johan, 2, serta Leni, 4, daripada perkahwinan terdahulunya berkata: "Kita boleh melihat diri seseorang menerusi cara bagaimana mereka mendidik anak mereka. Tiga anak lelaki David dan Victoria merupakan hasil didikan yang baik.

"Kelakuan anak-anak yang baik bukan datang asuhan pengasuh tetapi daripada didikan ibu bapa. Victoria dan David adalah contoh ibu bapa yang baik dan bijak dalam mendidik anak-anak

Pertembungan Klasik 2 Gergasi Kelab Sepanyol

Barca buat Real merana


pemain-pemain Barcelona meraikan kejayaan menewaskan Real Madrid dalam saingan bala sepak Liga Sepanyol di Camp Nou, kelmarin.


MADRID, Sepanyol - Samuel Eto'o dan Lionel Messi masing-masing menjaringkan gol untuk membenam Real Madrid 2-0, kelmarin sekali gus mencalar harapan jurulatih, Juande Ramos.

Eto'o yang gagal menyempurnakan sepakan penalti sebelum itu, bangkit dengan gol pertama pada minit ke-83 sebelum Messi menyungkit bola memperdayakan penjaga gol lawan, Ikes Casillas.

Perlawanan 'el clasico' itu kelmarin menarik minat 96,000 penonton yang memenuhi Camp Nou.

Kemenangan Barcelona itu juga mengukuhkan kedudukannya di puncak liga dengan 12 mata meninggalkan Real Madrid yang tewas empat daripada lima perlawanan setakat ini.

''Saya berpuas hati dengan persembahan Real. Barcelona menguasai permainan tetapi kami lebih banyak menghasilkan peluang,'' kata Ramos.

Perlawana kelmarin turut menyaksikan Ramos menurunkan skuad tanpa Ruud van Nistelrooy, Pepe dan Gabriel Heinze manakala penyerang, Arjen Robben dan Marcelo masih digantung. Bagaimanapun, Ramos berjaya menyekatkan banyak peluang Barcelona pada babak pertama.

Friday, December 12, 2008

First look and impressions

Topic: Comentar Y4E Comentar Y4EBlUeKaNgBaKaU

Tak hujan pun tadi… lagu hujan pulak keluor… ahhhh.. layan je la Ribaibaru Mayumi Itsuwa ni..

“Furishikiru ame no naka o..
Ashi baya ni to o ri sugita…
Natsu no hino
Ina zouma ni yo u ni
Hakanaku kieta
Futari no koi…”

“….recalculating ..”..adusss… silap masuk simpang la… minah garmin dah marah tu..


Selama ini memerhati dari jauh aje perkembangan pasukan perak 2009, akhirnya Rabu lepas awok berpeluang menghadirkan diri ke stadium Perak masa perlawanan persahabatan Perak vs PKNS.

“Ahh..are ho do hageshiku moeta
Kokoro nga
Ima wa hai iro no ribaibaru….”


… sedap betul lagu ni…. ni yang membuat awok tambah syahdu ni.. terkeluor abis nilai nilai jiwang dalam diri ni …

Ya….. Pandangan pertama selalunya mempengaruhi persepsi seseorang . Ianya penting mcm orang bercinta jugak. Tiba di Stadium ketika perlawanan baru bermula. 2/3 grandstand penuh. Ternampak muka2 wajib tayang di stadium. Awok terus ke sana dan lepak kat tangga. Apalah sangat pengorbanan mcm ini untuk yang tersayang… aah .. are ho do hageshiku moeta….

“ drive for 2km and then turn left..keep right”……ye la.. ye la….


Alhamdulillah, kita menang 3-0 . Semua gol dari set piece yang dimulakan dengan kaki kiri Benedict Martin yang cukup cukup sweet. Dia dianugerahkan dengan bakat kaki kiri yang cukup2 berharga. Anak muda dari Sarawak ini merupakan antara spesis yang semakin pupus dan terancam di bumi Malaysia. Umpama burung kenyalang jugak. Harap bakat dia dapat dipupuk dengan betul dan dijaga. Dia mampu pergi jauh. Dia akan menyarung jersi kebangsaan tidak lama lagi. Mark my words!

“ in 400m, turn left and turn right... keep right…. drive for 18km”…. ahhh …minah garmin ni lagi… terputus lagi lamunan….


Tiga gol Perak dijaringkan oleh Sharizal Saad (tandukan), Razali ( tandukan) dan satu pergelutan depan pintu gol oleh Chun. Ya..Chun merupakan seorang lagi pemain yg berbakat besar. Anak kelahiran Penang ini kental bertahan. Corak permainan dia keras, menutup setiap ruang ruang kosong yang terbiar utk penyerang2 lawan memanipulasi. Pertahanan Perak amat menyakinkan. Untuk game ini awok beri lima bintang!

“In 400m turn left..”


“Apa la orang Kati ni.. selang 100 meter je dah kampong lain.. gamaknyer banyak benor kampong kat sini… gile kuasa betol le..semua nak jawatan tok sidang le tu…”… wakakkakakak…

“ Pertahanan kita ada Megat.. dia senior yang selalu bagi arahan kat pertahanan kita “… kata seorang pemain yang awok sembang kat kedai mamak selesai game. Sambil menghirup kopi o panas awok pun tanya kat dia “ Having saying that…. you rasa perlu tak seorang senior mcm itu kat midfield…?.. I tengok midfield kita ada kelemahan …”
“……. bla bla bla….. Hardi jakfar…bla ..bla…” jawapan penuh dia kome tgk jer la kat video pakcu…

“In 2.5km turn left…then right”……oppsss…kena set hala ke Gerik la pulak….
“ recalculating…..”


Terharu dan bangga tengok semangat pemain pemain muda dan baru kita ni..malahan yg bukan kelahiran Perak sendiripun amat berbangga dapat menyarung jersi Perak. Pemain2 ni baru nak merangkak naik menjadi pemain professional. Masih baru sangat lagi.

Kat luar stadium pun jelas nampak pemain2 muda kita ni naik motor je.. tak de kereta beso beso.. kalau ada yang berkereta pun kereta biasa aje.. ye la kereta bukan lagi lambang kemantapan ekonomi.. kereta tu satu keperluan..teringat masa era Kedah –KL dulu… pemain2 Kedah naik motor je ke stadium.. pemain2 KL naik kereta hebat hebat masa tu… tersiar dalam akhbar masa tu.. Radhi Mad Din tentu ada simpan paper kating ni kot… tak pun Ahmad Sobri… kekkeke

Anak2 muda ini perlu diberi perhatian bimbingan dan panduan bukan setakat permainan sahaja malah merangkumi kehidupan dan masa depan… kareer demer panjang lagi…

“ Keep driving for 56km…”

Pengambilan pemain dari luar nampak berkesan. Tak dapat awok nak bayangkan kalau tanpa mereka. Bekas pemain2 Presiden perlu bekerja lebih kuat lagi, tenang dan lebih compose. Tanpa ketenangan dan composure susah nak bermain sebagai satu pasukan. Passing masih lagi sederhana, kawalan bola yang asas pun belum dapat dikuasai dengan baik. Mungkin kerana pemain2 cepat gabra. Disini pengalaman penting. Ketenangan datang dari pengalaman. Jurulatih hanya berada di tepi padang bagi arahan, didalam padang pemain2 la yang kena merealisasikannya. Komer nak dengo ke idak masa tu terpulangla...

Keseluruhan permainan boleh dibanggakan. Pertahanan baik. Goalie Megat pun amat menyakinkan. Midfield banyak yang perlu di buat….serangan awok puas hati…penyerang banyak bergantung pada midfield ..jadi susah nak menilai keberkesanan penyerang tanpa kita selesaikan masalah midfield dulu….Dari markah penuh 5 Bintang awok bagi….

“ Mee Udang Galah”……oppppsss….terlajak pulak….menarik gak ni… rare ni..susah nak jumpa….
“recalculating”…..udah la…aku diamkan ko dulu la…..aku nak mencekik ni dulu…tak tahan dah nak tunggu sampai ke Pengkalan Hulu baru nak mencekik..


Perghh…RM8 spesyial…ada 5 ekor udang galah sepinggan dgn saiz sederhana. Murah la tu..
Resoran ini terletak di sebelah kanan jalan sebelum sampai Bandar Gerik. Mmmm..not bad..kuah mee ada rasa mcm mee bandung. Terasa manis udangnya. Rasanya dia letakkan stok udang yang direbus dulu dan diambik ayornya.

5 bintang awok bagi…chop chop…tunggu dulu...ni utk mee udang galah ni…bukan persembahan pasukan perak lagi...untuk nilai wang anda ( value for money)….

Untuk pasukan Perak pulak awok nilaikan mcm dibawah ni:

Penjaga Gol : 4 Bintang
Pertahanan : 4 setengah bintang
Midfield : 2 setengah bintang
Penyerang: 3 setengah bintang
Semangat / Teamwork : 4 setengah bintang
Nilai hiburan : 3 bintang
Nilai wang anda : 4 bintang

Kalau ditanya pada awok mengenai “first look and impressions” pada team ini, awok hanya mampu katakan yang awok suka dengan team ini - ianya ada asas yang baik dan yang mana boleh di pertingkatkan lagi agar mampu pergi lebih jauh.

Umpama kain putih, corakkan aje la dengan adunan warna dan paten yang betul dan menarik.

Thursday, December 11, 2008

Ronaldo terima padah



CRISTIANO RONALDO menandatangani autograf sebaik tiba di Paris Ahad lalu.

LONDON - Suami kepada kekasih baru bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo memberi amaran kepada pemain bola sepak berkenaan supaya berhati-hati dengan wanita tersebut, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki tersebut, John Haynes menasihati Ronaldo supaya menjauhi isterinya, Alyona kerana wanita itu seorang pembohong dan pandai berlakon.

"Alyona membohongi saya dan juga Ronaldo. Dia sepatutnya didatangkan dengan amaran kesihatan seperti yang anda jumpa pada kotak rokok," katanya.

Haynes, 50, berkata, isterinya pernah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Ronaldo ketika mereka sedang berasmara.

Jutawan tersebut percaya Alyona, 25, menipu Ronaldo dengan mendakwa dia masih bujang semata-mata untuk menghampiri pemain itu.

"Saya sukar mempercayainya, bahawa Alyona memberitahu Ronaldo dan seluruh dunia bahawa kami sudah lama berpisah," ujarnya.

Pasangan itu berkahwin dua tahun lalu selepas berjumpa melalui sebuah laman web pencari jodoh tetapi hubungan mereka mula renggang selepas Alyona bertemu Ronaldo di sebuah restoran pada Ogos lalu.

Bagaimanapun, Haynes tidak menyalahkan Ronaldo berhubung perkara itu dan percaya pemain tersebut tidak mengetahui bahawa Alyona sudah berkahwin.

"Saya yakin Alyona sengaja menggoda Ronaldo kerana dia kenal siapa pemain itu. Isteri saya seorang yang licik saya tidak mengetahui apa rancangannya selepas ini," katanya.

Torres Pilihan Peminat Malaysia


Peminat bola sepak di negara ini telah memilih penyerang pasukan Liverpool Fernando Torres sebagai pemain pilihan utama mereka, menurut hasil kajian terbaru Barclays Global yang dikeluarkan, semalam.

Kajian tersebut yang melibatkan 32,000 respondan dari 185 negara, menunjukkan Torres, pemain Sepanyol, menerima 44 peratus undian dari peminat Malaysia diikuti penyerang Manchester United Christiano Ronaldo (43 peratus) dan pemain tengah Liverpool Steven Gerrald yang menerima 35 peratus undian.

Pemain lagenda Manchester United (MU) Eric Cantona menerima undian sebanyak 37 peratus sebagai pemain pilihan sepanjang masa, mengatasi penyerang Barcelona Thierry Henry (30 peratus) dan bekas pemain MU David Beckham.

Kajian yang dijalankan oleh Barclays, penaja rasmi Liga Perdana Inggeris, menunjukkan peminat Malaysia telah memilih Sir Alex Ferguson sebagai pengurus pilihan (37 peratus), Stadium Old Trafford sebagai gelanggang pilihan dan pasukan MU sebagai kelab pilihan.

Selain itu, 60 peratus peminat di negara ini juga ingin melihat penyerang Barcelona Lionel Messi (Argentina) beraksi pada EPL.

Kajian itu juga menunjukkan secara purata peminat Malaysia menghabiskan masa lebih lima jam dalam seminggu untuk mengikuti perlawanan EPL dengan 88 peratus menyaksikan perlawanan secara langsung menerusi televisyen manakala 24 peratus peminat menggunakan internet untuk melihat aksi-aksi utama perlawanan.

Menurut Barclays, bola sepak menjadi 91 peratus topik perbualan di kalangan rakan diikuti tajuk am (40 peratus) dan politik (39 peratus) manakala sukan itu menduduki tangga kedua dalam kehidupan peminat berbanding aktiviti kekeluargaan.

Wednesday, December 10, 2008

Kisah Player Yang Berambut Badut

Valderrama sukar dicari ganti


VALDERRAMA pemain tengah yang serba boleh serta memiliki daya kreativiti melancarkan gerakan untuk mencipta ruang kepada rakan melakukan jaringan.


CARLOS VALDERRAMA adalah pemain terhebat pernah dilahirkan oleh Colombia. Dia dikenali seantero dunia.Bukan setakat aksi lincahnya, tetapi dikenali ramai kerana penampilannya.

Dia satu-satunya pemain pada zamannya yang berambut 'afro' perang sehingga menjadi ikutan generasi muda.

Pemain tengah serba boleh ini memang tiada tandingan, baik dari segi kebijaksanaan mengawal bola mahupun daya kreativiti ketika melancarkan gerak untuk mencipta ruang kepada rakannya melakukan jaringan.

Sehingga ke hari ini, Colombia masih sukar untuk mencari penggantinya dan atas sebab itulah dia dilabel sebagai pemain paling hebat pernah dilahirkan oleh negara tersebut.

Valderrama dilahirkan pada 2 September 1961 di Santa Marta, Colombia.

Karier antarabangsanya bersama Colombia bermula pada tahun 1985 hingga 1998 dan telah beraksi dalam 111 perlawanan antarabangsa menjadikannya pemian paling banyak beraksi di pentas antarabangsa bersama skuad kebangsaan.

Rakyat Colombia menganggapnya sebagai pemain yang sukar dicari ganti sehingga ke hari ini. Valderrama atau nama samarannya, El Pibe (The Kid) adalah seorang pemain yang cukup unik.




Kebijaksanaannya sukar ditandingi dan dia boleh mengubah rentak permainan pasukannya apabila berada dalam tekanan.

Kawalan bolanya kemas, hantarannya tepat, pantas serta mempunyai sepakan yang cukup mengelirukan.

Segala apa yang ada semua dimilikinya, tetapi sayang ketika zaman puncaknya, dia gagal membantu Colombia meraih gelaran Piala Dunia.

Valderrama telah menjadi kapten skuad kebangsaan Colombia dalam tiga Piala Dunia iaitu pada tahun 1990, 1994, dan 1998 sebelum mengumumkan persaraannya di peringkat antarabangsa selepas Piala Dunia 1998.

Dia mempunyai 111 cap antarabangsa dan telah menjaringkan 11 gol.

Sehingga ke hari ini, ramai yang masih ingat bagaimana gerakannya ketika membantu Colombia melangkah ke pusingan kedua Piala Dunia 1990 selepas mencatat keputusan seri 1-1 dengan Jerman.

Ia perlawanan penting buat Colombia kerana jika kalah mereka akan tersingkir.

Pada perlawanan itu, lorongan Valderrama telah membuka peluang kepada penyerang mereka, Freddy Rincon untuk menyamakan kedudukan sekali gus melangkah ke pusingan kedua buat kali pertama dalam sejarah penyertaan mereka di Piala Dunia.

Mereka adalah satu-satunya pasukan yang tidak tewas kepada Jerman pada kejohanan itu.




Sepanjang kariernya, dia telah membantu kelab Athletico Junior menjuarai Liga Bola Sepak Colombia pada tahun 1993 dan 1995.

Dia bermula dengan kelab Unión Magdalena dalam Liga Divisyen Satu Colombia pada tahun 1981.

Dia juga pernah menyertai kelab Millonarios dan Deportivo Cali sebelum menyertai Montpellier dalam Liga Divisyen Satu Perancis pada tahun 1988.

Selepas itu dia menyertai Independiente Medellín dan Atlético Junior dari tahun 1993-96 sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat untuk meneruskan kariernya dengan kelab Tampa Bay Mutiny bagi musim 1996-97, 2000-01, Miami Fusion (1998-99), dan Colorado Rapids (2001-02).

Ketika beraksi dalam Major League Amerika itu, Valderrama telah mencatatkan 16 jaringan dan ia dianggap terbaik bagi seorang pemain tengah.

Pada musim 2005, dia dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik MLS Amerika selain menerima pengiktirafan pemain paling unggul pada abad ke-20 oleh legenda bola sepak Brazil, Pele pada tahun 1999.

Selepas 22 tahun mengabdikan diri dalam bola sepak, Valderrama akhirnya membuat keputusan untuk bersara pada bulan Februari 2004 dan persaraannya diraikan dalam satu perlawanan khas di Stadium Metropolitan, Barranquilla yang turut disertai oleh nama-nama hebat di Amerika Selatan seperti Diego Maradona, Enzo Francescoli dan Jose Luis Chilavert.

Selepas persaraannya, dia tetap memilih bola sepak sebagai karier tetapi kembali sebagai penolong pengurus dengan kelab lamanya, Atlético Junior.

Valderrama yang mempunyai tiga orang anak merupakan satu-satunya pemain Colombia yang disenaraikan dalam buku pemain terhebat FIFA pada bulan Mac 2004

Thursday, November 20, 2008

Disebalik Cite YOB 08/09


Sentuhan Karathu tetap ditagih


KARATHU (kanan) pernah membimbing skuad Perak sebelum ini.

PENYOKONG setia Skor Yob Skor tetap menagih sentuhan M. Karathu bagi membimbing skuad bola sepak Perak musim depan,

Sehubungan itu, mereka meminta ahli majlis Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) yang dipimpin Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya meniimbangkan kedudukan Karathu sebagai jurulatih.

Mereka percaya Karathu mampu mengembalikan kekuatan Perak dalam kelompok pasukan elit sekalipun skuad Seladang itu kehilangan ramai tonggak utama yang berhijrah.

Presiden Kelab Peminat Bola Sepak Perak (KPBP), Abdul Jamil Othman percaya Perak masih mampu menjadi antara pencabar terkuat dalam kempen Liga Malaysia (Liga M) yang bermula 3 Januari depan.

"Perak tidak akan menjadi pasukan belasahan musim depan kerana kekuatan Seladang belum luntur," jelas jamil othman.

"Jadi saya berharap ahli majlis Pafa menyegerakan pemilihan jurulatih Perak kerana saingan musim depan semakin hampir.

"Saya percaya pengalaman luas Karathu mampu digunakan untuk membina semula kekuatan skuad Seladang selain tenaga tambahan daripada pemain muda yang bakal menyarung jersi Perak."

Difahamkan, ahli majlis Pafa yang baru dilantik bagi sesi 2008 hingga 2010 akan mengadakan mesyuarat pertamanya Sabtu ini, sekali gus bakal menamakan pengurus dan jurulatih Perak yang baru.

Yob Pasca TSUNAMI..pdg jarak pdg tekuko

Nampak mcm ada sinar jer.... tak tau ler berape KANDELA (sukatan cahaya dalam fizik) sinar cahaya tu....

Setakat ni kite pakey le dulu senarai AMER bagi ni...

SETAKAT NI PEMAIN yang SUDAH KITA TAHU 15 orang

Megat Amir Faisal-------orang lama. sejak tahun 1999 lagi
Azlan Jaberi
Kamarul Efendi

Arif fadlie saidin
Chua Kun Hong
S Subramaniam
Syazwan Roslan
Abdullah Mat Kassim

Mohd Nazri Kamal
Mohd Arsyah Ayob-----(5 TAHUN pengalaman dalam liga M bersama Melaka, Sabah, DPMM dan Sarawak)
Mohd Nor Hazrul Mustapha
Mohd Fauzi Kassim

Mohd Razali Umar Kandasamy
Hardi Yahya------bekas pemain presiden Selangor
Thinagaran-------bekas pemain presiden Selangor

Di daftarkan ke FAM sudah pasti 22 orang kan. . .
ada 7 lagi kekosongan yang kita tak tahu SAPA DIA!!

LineUP DeFeN

Subra... dia ni utility back... kalo ikut dia ni macam Lan gak... tight marking dia bagus.. dia ni lebih sesuai jadi stopper... bukan last man sebab height tak de...

Chun lak memang pure bek tgh... awok dah pernah tgk dia main... bagus gak dia ni... tapi honestly tak sebaguih choi la... heheheh... cuma masih muda lagi mungkin boleh di gilap.. macam bese sentiasa kene panggey national call up... tapi macam bese gak kene drop last minute...

Bagi awok gandingan Subra dgn Chun ok le gak... idak le haup sgt... Subra ada pengalaman national level.... Chun lak regular first team Penang season lepas... c uma ghase awok tak sekukuh gandingan Choi dengan Faizal Zainal dulu la..

sebab bagi awok, awok letakkan KPI defend ni mesti sama macam Choi dgn Faizal dulu... koghang2 le.. may be season depan tak dapat lagi kot... tapi ok le

Ni line up defensive Perak sizen depan yang awok nampak la

Megat (Keeper)
ni boleh le kot guna perumpamaan tiada rotan akar pun jadi la.. bukan berguna lagi... hehehehe....dah sampai hujung zaman dah kot... dia betoi2 top masa kat Penang dulu... paling teruk masa kat Selangor dulu.. tapi tak tau la mungkin dekat Perak dia dapat naik balik... mintak2 macam tu la.. nama dia ni dulu tak de pun dlm list Perak... tapi memandang kan Perak gagal dapat kan kiper pengalaman lain maka amek le dia ni utk jadi pembimbing pada KE sebab KE di kata kan masih belum bersedia utk pegang first kiper lagi

Syazwan (Bek kanan)
sizen lepeh di pinjam kan ke perlis.. . seorg yang attacking minded.... mungkin kita dah jumpa pengganti Chan.... ok ada tgk dia ni main masa dia sebelum ke perlis lagi... bagus budak nye... tricky oghang pengkalan cakap.. dia ni pun utility gak... boleh main winger... dah ada experience main kat super league dgn Perlis... mungkin berguna utk sizen depan

Arif (Bek kiri)
Tegap tapi mental kene kuat....seorg pemain yang baik.. dan ada potensi.. sizen lepeh di kate kan dia tak dapat bermain dgn baik kerana sikap dia yang takut buat salah....e le mase tu paham2 je le AA macam mane... hehehehe.. mental tak kuat memang tak leh tahan nye... ni sizen ni tak de senior dah tak de alasan dah le ye yop... heheheh

Chun (Bek tegah)
regular first team kat Penang.. . .muka wajib tayang kat wisma FAM tapi muka wajib gak la tak de dalam senarai akhir kebangsaan... baik dan awok suka tgk dia ni bab tackle dia.. bersih dan timing yang tepat... tapi tu dulu la.. lepeh ni tak tau le... bagi awok berbaloi.. sizing ada.. .

Subra(Bek tengah)
yang ni tak payah citer la... chipeita dulu pun liat nak lepeh dia ni.. awok prefer dia ni main stopper sebab keras dan bijak baca pergerakan lawan... badan kecik tapi ada kelajuan.... rasa nye dia ni akan jadi kapitan.... tapi dia ni bese nye muka wajib gak la nak dapat kad.

ok kot utk defend dulu... yang lain nanti awok sambung.... ada keje nak siap kan dulu... ingat macam kome ke boleh ngulor sepanjang haghi....

Target MALAYSIA

FAM buru kelompok 130 terbaik

SKUAD bola sepak negara ada misi baru tahun depan.
Ini kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menyasarkan skuad negara perlu menduduki kelompok 130 pasukan terbaik dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin memberitahu, sasaran itu telah diputuskan oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah selepas skuad negara berjaya memperbaiki kedudukan daripada tangga ke-166 dunia pada Julai lepas kepada ranking ke-151 dunia bulan ini.

"Amanat ini adalah daripada titah Tuanku Presiden sendiri yang mahu kita meletakkan satu matlamat utama untuk meningkatkan ranking kita pada tahun depan," kata Khairy pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM V di Wisma FAM semalam.

"Tiada sasaran spesifik bagi kedudukan ranking ini, cuma cukuplah jika kita mahu skuad negara berada dalam kelompok 130 ranking dunia.

"Jadi untuk mencapai sasaran tersebut, FAM akan mengatur lebih banyak perlawanan antarabangsa berkelas A yang melibatkan skuad senior negara dengan pasukan kebangsaan negara lain."


SKUAD bola sepak negara kini berada pada ranking ke-151 dunia.


Untuk rekod, pencapaian terbaik skuad negara dalam ranking FIFA ialah ketika menduduki tangga ke-75 pada Ogos 1993.

Pada April tahun ini, ranking skuad negara jatuh mendadak apabila menduduki tangga ke-170 dunia, pencapaian terburuk sejak tahun 1993.

Selepas memperbaiki kedudukan ke-162 dunia Ogos lepas, kejayaan muncul naib juara Pestabola Merdeka pada Oktober lalu menyaksikan skuad negara membaiki pencapaian untuk berada pada ranking ke-151 dunia.

Khairy turut menambah bahawa matlamat utama FAM pada tahun 2009 ialah memberi tumpuan pada temasya Sukan SEA di Laos.

"Jika tahun ini matlamat kita Piala Suzuki AFF, maka tahun 2009 pula keutamaan kita pada Sukan SEA di Laos Disember nanti.

"Oleh itu, FAM akan menetapkan jadual latihan dan persiapan skuad bawah 23 negara untuk memenuhi matlamat kami dengan menjuarai acara bola sepak pada temasya Sukan SEA itu," kata Khairy lagi.

Dalam pada itu, FAM telah mengarahkan jurulatih negara, B. Sathianathan segera memperbaiki kelemahan dalam pasukannya ekoran kekalahan 1-4 kepada Myanmar pada peringkat separuh akhir Piala Cabaran Grand Royal Selasa lalu.

"FAM amat kecewa dengan prestasi skuad negara pada kejohanan itu," kata Khairy.

Wednesday, November 12, 2008

Kisah bekas isteri Abramovich



GAMBAR menunjukkan Abramovich bersama Zhukova di Stadium Bloomfield, Israel
31 Januari lalu.


LONDON - Berkahwin dengan bilionair terkenal seperti pemilik kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich mungkin dianggap sebagai mimpi menjadi kenyataan oleh kebanyakan wanita di dunia.

Bagaimanapun, sebuah akhbar semalam mendedahkan bekas isteri Abramovich, Irina menyatakan bahawa perkahwinannya dengan bilionair dari Rusia tersebut umpama satu mimpi ngeri.

Irina berkata, sepanjang 16 tahun, perkahwinannya dengan Abramovich diselubungi dengan ketakutan kerana dia bimbang lima anaknya menjadi sasaran penculik.

"Kehidupan saya dengan Abramovich bukanlah seindah umpama cerita dongeng seperti yang dilaporkan oleh media," kata Irina.

Irina, 41, berkenalan dengan Abramovich yang merupakan antara individu terkaya di dunia ketika dia bekerja sebagai pramugari.

Menurut majalah Forbes, pada 5 Mac 2008, harta Abramovich dianggarkan berjumlah AS$23.5 bilion (RM84.43 bilion) tetapi kini, hartanya menyusut kepada AS$20 bilion (RM71.87 bilion) akibat krisis kewangan global.

Abramovich juga dilaporkan mengalami kerugian sebanyak £12 bilion (RM65.76 bilion) di pasaran saham Rusia selepas Index Micex jatuh mendadak baru-baru ini.

Menurut Irina, keluarganya sering dilindungi oleh sekumpulan pengawal peribadi bagi melindungi mereka daripada penculik.

"Untuk keselamatan saya dan lebih penting lagi anak-anak kami, Abramovich mengupah sekumpulan pengawal peribadi sebuah agensi keselamatan," jelasnya.


RINA bercerai dengan Abramovich pada Februari 2007.


"Kami juga terpaksa menukar nombor telefon bimbit pada tiap-tiap minggu supaya mana-mana pihak sukar mengesan di mana kami berada.

"Kami sentiasa bimbang menjadi sasaran penculikan," ujarnya.

"Kami sedar bahawa kami tidak boleh menyembunyikan anak-anak kami dan tidak mendedahkan mereka kepada dunia yang sebenar," katanya.

"Kami juga terpaksa diiringi oleh sekumpulan pengawal peribadi yang ramai walaupun mengunjungi panggung wayang atau muzium.

"Bekas suami saya sudah biasa dengan suasana seperti itu tetapi pada setiap tahun ia menjadi sukar bagi saya," ujarnya.

Irina tidak mahu mengulas berhubung teman wanita terbaru Abramovich, Daria Zhukova yang 15 tahun lebih muda daripadanya .

Bagaimanapun, Irina berkata, bahawa bekas suaminya itu menunaikan janjinya bahawa dua anak lelaki dan tiga anak perempuannya akan mendapat segala yang diidamkan mereka.

Menurutnya, dia tidak pernah merasai pengalaman dilindungi oleh pengawal peribadi ketika di zaman kanak-kanak.

Irina berkata, bapanya mati dibunuh ketika dia masih kecil.

"Saya membesar tanpa bapa dan sebab itu penting bagi saya bahawa anak-anak saya akan mendapat apa yang mereka mahukan," katanya.

"Abramovich berjanji bahawa anak-anak kami tidak akan diabaikan dan sehingga kini walaupun kami sudah bercerai, dia tetap menunaikan janjinya," ujarnya.

Pada 15 Oktober 2006, akhbar News of the World melaporkan bahawa Irina mengambil dua peguam penceraian terkenal di Britain selepas Abramovich dilaporkan menjalinkan hubungan dengan Zhukova, berumur 26 tahun.

Zhukova merupakan anak seorang pemimpin Rusia dan dia juga pernah menjalinkan hubungan dengan pemain tenis terkenal, Marat Safin.

Abramovich dan Irina bercerai di Rusia pada Februari 2007 dengan penyelesaian perkahwinan mereka dilaporkan berjumlah AS$300 juta (RM1.08 bilion) tetapi angka sebenar tidak didedahkan.

Setakat ini, Irina tidak dikaitkan dengan mana-mana lelaki selepas bercerai dengan Abramovich.

Terdapat spekulasi bahawa Irina memberi perhatian lebih berat terhadap agama selepas perceraian.

Dia juga dipercayai menghabiskan banyak masa di Britain kerana anak-anaknya belajar di negara tersebut.

Baru-baru ini, Irina menghadiri parti yang dianjurkan oleh saingan Abramovich dalam sukan bola sepak iaitu, Alisher Usmanov di Moscow, Rusia.

Usmanov yang merupakan seorang ahli perniagaan adalah pemegang saham terbesar kelab bola sepak Arsenal dan rakan karib Presiden Rusia, Dmitry Medvedev.

Isteri, Medvdev turut menghadiri parti itu.

Dalam parti itu, Irina turut duduk di sebelah bekas wanita pertama Rusia, Naina Yeltsin. - Agensi

Awal Musim diganyang,Akhirnya Spurs Harry potter tunjukkan kehebatan

Tottenham leburkan Liverpool 4-2


LONDON: Harry Redknapp sekali lagi melengkapkan sentuhannya bagi membolehkan Tottenham menunjukkan Liverpool jalan keluar pada saingan Piala Liga dengan keputusan 4-2, di White Hart Lane, awal pagi tadi.

Selepas 11 hari menewaskan Liverpool pada saingan Liga Perdana, iaitu kekalahan pertama Liverpool musim ini, anak buah Redknapp sekali lagi mencalarkan imej The Reds.

Hero Redknapp kali ini menerusi dua gol masing-masing oleh Fraizer Campbell dan Roman Pavyluchenko.

Kemenangan itu menyaksikan Redknapp kini sudah mencipta lima kemenangan daripada enam perlawanan kendaliannya.

Apa yang mengejutkan, Tottenham memperoleh tiga gol dalam masa enam minit.

Pemain tengah Russia, Pavlyuchenko memperoleh gol pertama pada minit ke-38 selepas mendapat bola lintang Campbell.

Campbell, yang dipinjamkan oleh Manchester United, menambah derita Liverpool empat minit selepas itu apabila mudah menyepak bola selepas berlaku kekeliruan antara penjaga gol Diego Cavalieri dan Andrea Dossena.

Tottenham terus memburu gol ketiga hampir tamat separuh masa pertama apabila Aaron Lennon menghantar bola ke arah Campbell yang menanduk masuk menewaskan Cavalieri.

Liverpool yang ketinggalan berjaya mendekatkan perbezaan gol menerusi jaringan, Damien Plessis pada minit ke-49, sebelum Pavlyuchenko memperoleh gol keduanya tiga minit selepas itu.

Tandukan Sami Hyypia pada minit ke-63 bagaimanapun sudah terlambat untuk Liverpool kembali bersaing.

Bersinarnyee Permata2 Budak Belasan Tahun GUNNERS

Wenger puji aksi skuad muda



VELA (kiri) mudah melepasi dua kawalan pertahan Wigan dalam aksi Piala Liga di Stadium Emirates, kelmarin. Arsenal menang 3-0.

Sedia serap mereka dalam pasukan senior Arsenal harungi kancah EPL

LONDON: Arsene Wenger mengakui dia tergerak untuk mengadunkan segelintir bakat muda daripada skuad Arsenal di Piala Liga dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menyaksikan mereka bersahaja membenam Wigan 3-0, kelmarin.

Kelab berpusat di utara London itu layak ke suku akhir dengan gaya amat mudah hasil dua gol sumbangan Jay Simpson dan gol ketiga cantik Carlos Vela - dua daripada 10 pemain muda diturunkan Wenger menentang Wigan yang hanya membuat satu pertukaran selepas aksi liga utama menentang Stoke.

Ia adalah persembahan sempurna daripada skuad dibarisi pemain usia muda dan satu-satunya orang yang tidak terkejut ialah Wenger sendiri.


Pengendali Perancis itu mengendalikan pembangunan pasukan ini daripada dekat dan bertegas mereka tidak akan kekok beraksi dalam EPL.

"Memang saya tergerak untuk menurunkan mereka. Tekanannya berbeza dalam EPL tetapi apa yang mereka lakukan bukan kebetulan - ianya kualiti. Ini ujian besar untuk pasukan muda yang dibarisi ramai pemain bawah 18 tahun dan mereka menanganinya dengan baik.

"Ia adalah kombinasi hebat keinginan, tenaga dan kualiti dan kami bersedia sejak minit awal lagi. Kami bersemangat dan ia kemenangan yang menakjubkan.

"Pemain-pemain ini mengejutkan semua orang kerana ia adunan perwatakan, komitmen dan ketenangan. Mereka kekal amat tenang ketika tertekan dan sentiasa mempamer aksi menarik," katanya.

Wenger menyimpan pujian istimewa buat Simpson - "perwatakan dan kekuatan fizikalnya membanggakan" - dan Wilshere, yang menjelmakan aksi kemas daripada bahagian tengah.

Aturan umpanan dan geraknya mengundang bandingan dengan pemain seniornya, Cecs Fabregas, yang tidak menyembunyikan rasa kagum daripada tempat duduk di belakang Wenger.

"Jack pemain berbeza daripada Cesc - lebih suka menggelecek ketika Cesc lebih mengumpan. Tetapi mereka mampu menghasilkan aksi bagus bersama-sama. Mereka punya potensi yang sama.

"Kedua-duanya pemain berwibawa dan tidak takut cabaran. Jack membawa bola ke mana sahaja, ianya semula jadi untuknya. Mereka mampu saling melengkapi satu sama lain,

Thursday, November 6, 2008

Fabregas suntik semangat baru

FABREGAS mahu Arsenal bangkit dengan melakar kemenangan
ke atas Red Devils esok.

Perancang Arsenal, Cesc Fabregas mencabar rakan sepasukannya untuk menebus prestasi hambar mereka dengan menewaskan Manchester United pada aksi Liga Perdana England minggu ini.

The Gunners diikat seri tanpa jaringan oleh Fenerbahce dalam aksi Liga Juara-Juara Rabu lalu, menyaksikan mereka mengharungi tiga perlawanan tanpa sebarang kemenangan.

"Kami perlu memperbaiki prestasi kami," kata Fabregas.

"Perlawanan selepas ini ialah menentang United, ia satu pertemuan yang penting. Pastinya kami amat menantikannya kerana ia satu perlawanan yang besar.

"Kami tidak mahu lagi alasan kerana kami bermain untuk Arsenal dan ramai pemain yang mahu menjadi seperti kami. Kami perlu memastikan yang kami memberi segala yang terbaik di atas padang."

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengulangi kritikannya ke atas taktik keras Stoke dengan menuduh pengadil dan pemain lawan itu menjadikan anak buahnya sebagai mangsa.

"Kamu boleh lihat pada kedudukan pasukan paling bersih. Pasukan mana di atas? Kelab Arsenal. Kami tidak perlu belajar dari sesiapa untuk berada di atas. Lihat pasukan mana yang paling sedikit membuat kekasaran. Kelab Arsenal juga.

"Pasukan mana yang mendapat lebih banyak kad kuning selepas empat atau lima kekasaran? Arsenal juga. Ada sesetengah pasukan mendapat kad kuning pertama selepas melakukan 15 kekasaran. Ini tidak adil."

Tuesday, October 28, 2008

MaRaDoNa Yg LiNcAh

Lagenda Argentina, Diego Maradona, menjulang trofi kejohanan Piala Dunia 1986 setelah menewaskan Jerman Barat 3-2 di Stadium Atzeca, Mexico City. Beliau hari ini dinamakan sebagai jurulatih baru skuad kebangsaan negaranya menggantikan Alfio Basile yang meletakkan jawatan.

Maradona dilantik jurulatih baru Argentina

BUENOS AIRES: Lagenda bola sepak Argentina, Diego Maradona hari ini dinamakan sebagai jurulatih baru skuad kebangsaan negaranya.


Perkara itu dinyatakan Carlos Bilardo, jurulatih Argentina yang membawa pulang Piala Dunia pada 1986, sebaik keluar dari mesyuarat dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA), Julio Grondona.

"Diego akan menjadi jurulatih baru skuad kebangsaan kita," kata Bilardo, yang akan menjadi pengarah skuad kebangsaan berkenaan.


Maradonna, 48, yang menjadi taruhan membawa pulang Piala Dunia 1986, mendapat sokongan sengit minggu lalu selepas menyatakan minat untuk melatih pasukan kebangsaan, menggantikan Alfio Basile.


"Saya mahu Maradona menjadi jurulatih selepas ini," kata Noray Nakis, presiden Suruhanjaya Pemilihan AFA.

Basile yang meletakkan jawatan dua hari lalu selepas Argentina tewas kepada Chile pada perlawanan kelayakan Piala Dunia.


Thursday, October 23, 2008

CLuB FaVroTe AkU MaSa KeCiK KeNa GaNYanG TaUn NiE

Rijkaard pilihan bimbing Spurs


RIJKAARD

LONDON - Frank Rijkaard kini dikaitkan sebagai calon terbaik untuk menggantikan tempat Juande Ramos sebagai pengurus Tottenham Hotspur.

Begitupun, kelab England itu mungkin terpaksa membayar 10 juta pound (RM58 juta) bagi mendapatkan khidmat bekas pengendali Barcelona itu.

Sebelum ini, kedudukan Ramos di White Hart Lane mula menjadi perhatian selepas skuad kendaliannya gagal mempamerkan permulaan baik dalam kempen Liga Perdana England musim ini.

Selepas melalui lapan perlawanan, Spurs sekadar mengutip dua mata dan berada di kedudukan tercorot liga, iaitu pencapaian terburuk dalam sejarah kelab itu dalam liga domestik.

"Rijkaard akan berhijrah ke Spurs dan menggantikan tempat Ramos," lapor beberapa akhbar tempatan di Belanda.


RAMOS

Meskipun terdapat khabar angin yang mengaitkan Ramos akan kembali ke Sepanyol, dia bagaimanapun tetap mahu menghabiskan kontraknya di England serta mendapat sokongan lembaga pengarah Spurs.

Sementara itu, jurulatih dari Belanda, Rijkaard pula dilepaskan dari jawatannya di Nou Camp pada Mei 2008.

Tuesday, October 14, 2008

BeCkHaM StOrY

Barang Beckham dicuri


GAMBAR ini menunjukkan rumah Beckham dan isterinya, Victoria di Hertfordshire, Britain.


LOS ANGELES - Pemain bola sepak terkenal, David Beckham dan isterinya, Victoria ketakutan dan tidak tahu siapakah yang harus dipercayai lagi selepas dua penjaga rumahnya ditangkap kerana disyaki mencuri, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu sumber berkata, dua penjaga rumah tersebut ditangkap selepas beberapa barangan milik pasangan itu dilelong di laman web eBay.

Dua penjaga rumah itu, Eric Emmet, 56, dan isterinya, June, 55, diupah oleh Beckham sejak 10 tahun lalu untuk menjaga sebuah kediamannya di Hertfordshire, Britain.

"Pasangan itu sukar untuk percaya apa yang telah berlaku," kata sumber tersebut.

Perbuatan itu terbongkar selepas ibu bapa penyanyi tersebut mengesan beberapa pakaian milik Victoria dan kasut termasuk dua milik Beckham dilelong di laman web eBay.


Beckham dan isterinya, Victoria.


Ibu bapa Victoria kemudiannya bergegas ke kediaman pasangan itu yang dikenali sebagai Istana Beckingham dan terus menghubungi pihak polis selepas mendapati semua barangan berkenaan hilang. Pihak berkuasa memberitahu bahawa kedua-dua penjaga rumah itu ditangkap di kediaman mereka di Nazeing, Essex, Britain pada Jumaat lalu.

Penjaga rumah itu yang menjaga kediaman Beckham ketika pasangan selebriti tersebut berada di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) dibebaskan dengan ikat jamin selepas disoal-siasat oleh pihak polis.

Permata Hatiku Ingin Melihat Dunia..


BAbY RaNiA

Syukur Alhamdulillah..di panjatkan usia dimurahkan rezki,tanggal 2 syawal 2008 teman begitu gembira menerima kurniaan Allah S.W.T seorang baby comel yang kiut lagiAnak sihat ibunye pon sihat.Nur Rania Kamilia namenye..Mmmm pas ni teman ade tanggunjawab besar laa yee.. yelaa family teman mkin bertambah,maklumalaa dulu berdua sekarang bertiga..hehehehe..So teman sebagai hamba Allah yang kerdil ni memohon 10 jari sentiasa berdoa agar family teman sentiasa ceria selalu.Amin...

Sunday, October 12, 2008

RaYa KiTe Weiii

SELAMAT HARI RAYApada semua yang melawati blog yang tak sebrape nie...Teman lame x Online,so x update arr cite2 menarik wat masa nie...Almaklumalaa raya sakan katakan..so Minal Aidil Wafa Izin K..Allright Reserved.

Tuesday, September 23, 2008

-Pe kate FaN CLub SeLadang-


(BlUeKaNgBaKaU Posted: 20 Sep. 2008, 04:37 PM)
Kiter tak rasa bersalah pun kalau kiter tgk pemain2 yg mewakili Perak ni adalah dari satu kaum dominan iaitu Melayu, datang dari tempat atau bandar2 yg sama jer dan kiter tahu punyer kabel yg kuat dgn panel pemilihan... tetapi kiter akan berasa terancam bile terlalu ramai yg dipilih adalah bukan pemain dari bangsa kite... kenaper yer?kiter sering laungkan bolasepak mestilah lari dari kerangka perkauman, kronisme kaum kerabat.. adakah kiter rasa kiter layak utk laungkan perkara ini?...

Mentaliti begini memang susah nak dikikis.. dah berpuluh2 tahun dah ada dalam diri kiter... kalau kata org stewan... dah berkutey..dah jadi teritip.. payah nak kikis...

Payah tapi bukan tak boleh...
Awok lauded langkah Pafa baru ni dalam menangani isu isu mcm ni... dgn representasi yg lengkap dari pelbagai kaum awok amat berharap ketelusan dalam pemilihan berdasarkan meritokrasi dapat dibuat... pemilihan pemain2 dari seluruh pelusuk negeri dapat dibuat tanpa mengambil kira wakil pemain2 dari daerah2 yg besar sahaja..

Sejak kecik awok layan bolasepak ni... masa zaman sekolah bile awok balik dari sekolah jer awok akan usyar kat padang astaka stewan ni kot2 ada game tak petang nanti... nak tau senang jer... indikasi awok ialah samada ada jaring/net tak di tiang gol..liga stewan masa tu hebat... masa tu sekitar 80-an... tak dominan pada satu kaum jer.. well represented dgn pelbagai kaum.. ada banyak kelab2 yg hebat dgn pemain2 yg bagus bagus.. masa tu bolasepak tak dilihat dari sudut perkauman.. dan alhamdulillah sampai sekarang bile awok balik ke stewan sekali sekala awok nampak benda yg sama jgk.. pemian dan penyokong diatas padang dan ditepi padang terdiri dari berbilang bangsa..

Sesuatu perkara amat mudah biler tak dilihat dari perspektif sempit..

Dan mungkin mudah juga untuk mengekalkan perspektif dan prinsip di liga kecil mcm di stewan jika nak dibandingkan dgn pengurusan bolasepak negeri dimana permainan kuasa, duit ringgit dan kedudukan dimainkan pada skala besar..

Pengurusan PAFA yg baru harus melhat perkara ini.. meritokrasi dan transparency disamping pengurusan kewangan yg prudent mesti dijadikan asas dalam setiap tindakan yg diambil dan akan diambil..

Sekali lagi awok nak kabo...Kalau komer rasa tak mampu... don't take this job..

Dan ingin awok kabo jgk kat sini... Penolakan awok terhadap M karathu tidak pernah awok juruskan dari perspektif perkauman yg sempit... I just think yg time dia dah over... get a new one la....


(ChempianG- Posted: 20 Sep. 2008, 02:49 PM)
Malaih nak komen apa... pasai pengurusan baru PAFA pun belum 100% dibentuk lagi,nengok la lepaih raya ni lagu mana kui....kui...

Apa yang aku nak tau...

1. Target dan sasaran musim depan... 1 piala... 2 piala... 3 piala... atau top 5 MSL n bla... bla...

2. Strategi PAFA untuk menarik penonton ke stadium... pasai import dah takdak mesti kehadiran penonton akan berkurangan... player plak dari in4 geng2 Y4E yang lain kata hampir 85% muka baru... apakah 85% muka2 baru ni berjaya mengajak penonton untuk membanjiri stadium?... selalunya bila ada nama2 besaq baru la kita teruja nak pi stadium...

Dan selalunya jugak... 1st n 2nd gem penonton ataih pagaq macam Petai, Amirston, Amirkaton, Tuan Arts, Enreque ni jenaih yang malaih nak ke stadium... dia nak tau result ja... bila dia tau result hampeh (kalah le tu) tobat dia dah tak pi stadium... dan sebaliknya kalau menang akan ramai la penyokong2 yang ataih pagaq n lalang ni akan teruih mai stadium...

Tak macam Dato' T... dia ni muka tembok atau lebaih lebih mesra muka wajib tayang... menang ka kalah ka dia peduli apa...

Gem plak hari Ahad... geng2 yang dok jauh terutama kat Lembah Klang payah la...

PAFA kena note ni... rege tiket rasanya bleh dikurangkan dari RM10 (terbuka) ke RM5... paling koman pun RM7 dah la...

Mengenai 85% player muda musim depan... kalau PAFA yang baru mengikuti senario bola sepak negara abad ni dah bleh tau apa dimana kesudahan perjalanan kita musim depan...

Selangor pernah guna musim 2006... tapi seimbang antara player senior n muda... senior masa tu depa ada Shukor, Amri, P. Gunalan, D. Surendran, Nazrul Erwan Makmur, Jamsari Sabian, Ahmad Tarmimi Saiban, Sanbagamaran, Sivaram... tapi result dia haup beb....

Musim ni Penang, Sarawak n Melaka... kat mana kedudukan depa?

Berlainan plak Kedah n Terengganu... ramai player2 muda depa menonjol... kalau Kedah nama2 macam Khyril, Badrol Bahtiar, Shafiq Jamal n Fazli Baharom... tapi sapa plak kat belakang depa... depa ada player senior macam Victor Andraq, Thirumurugan, Hasmawi Hassan, Fauzi Shaari, Shafizan Hashim... dan kekuatan depa aku rasa ada pada 3 awang import yang baguih...

Macam tu jugak Terengganu... belen antara player muda n senior... senior depa ada Marzuki Yusof, Che Hishamudin, Shahrul Ezrain, Zairo Anuar Zailani, Rosairil... player muda Manaf Mamat, Ashari Samsudin, Ismail Faruqi...

Bagi aku... PAFA kena bagi belen antara player senior n player muda... 25 nama ja bleh rijester ngan FAM... dan dari 25 nama tu hanya 3 ja nama player senior (Arul, Kanu n Subra) dan selebaihnya 22 nama player muda...

Kalau ni la yang terjadi... aku dah bleh agak kat mana kedudukan PERAK musim depan... dan aku jugak tak akan terkejut kalau PERAK akan mencipta sejarah baru 1-1nya pasukan yang tak pernah turun ke liga perdana akan turun ke liga perdana buat pertama kalinya...

HAUP YOB HAUP

Ni aku sajes untuk diberi ruang menyarung jersi SANG SELADANG!!


  • Boted/Nasril
    - dah seakan kompem blah... harap deme akan dikekalkan..

  • Kanu
    - Pengalamannya mendewasakan... dia pun berkeraih taknak blah.

  • Subra
    - Masih muda dan sayang untuk meninggalkan bumi Perak.

  • Lan
    - Pun masih muda.

  • Arul
    - Jangan kau ucap selamat tinggal.

  • MNI
    - Utiliti player... bleh main bek, tengah n penyerang... harap kekal musim depan.

  • KJ
    - Kehadirannya cukup mengerunkan benteng lawan... Jali dah kompem blah... pilihan lain diposisi penyerang hanya ada Fakri, Shahrizal, Termizi... yang nampak menyerlah pun Fakri sorang ja... tapi mampukan depa2 ni berhadapan dengan Norhafiz Zamani, Khairunisam Sahabuddin, Victor Andraq, Marzuki Yusof, Nazrul Erwan Makmur, Wan Rohaimi, Sharil Faizal Sharifudin, Nor Fadly Alias, Fauzi Nan yang lebaih berpengalaman...
  • Sunday, September 21, 2008

    Skandal Ronaldo dengan pelacur



    FERNANDA (kanan) bersama seorang rakannya.

    Seorang kekasih rahsia bintang kelab bola sepak Manchester United (MU), Cristiano Ronaldo merupakan seorang pelacur yang menjual kokain, lapor sebuah akhbar semalam.

    Kisah Ronaldo mempunyai kekasih rahsia kelahiran Brazil itu didedahkan oleh seorang ibu ayam yang berkata: “Fernanda suka kepada Ronaldo dan telah menemui secara rahsia sejak bertahun-tahun lalu.

    “Dia (Fernanda) memberitahu saya bahawa mereka pernah menjalin hubungan seks walaupun mengetahui dan memahami tidak akan menjadi nombor satu (kekasih utama Ronaldo).”

    RONALDO

    Ronaldo yang berusia 23 tahun juga pernah memperkenalkan Fernanda kepada pengurus MU, Sir Alex Ferguson dan beberapa rakan pasukannya.

    Pelacur itu berusia 26 tahun dan mengenakan bayaran sehingga £2,000 (RM12,505) untuk satu malam kepada pelanggan.

    Seorang pemberita menemui pelacur itu selepas membuat tempahan menerusi satu perkhidmatan teman sosial, London Escort Gallery.

    Ketika menunjukkan gambar-gambar gadis yang akan dibawanya bersama dalam bilik tidur, Fernanda turut mendedahkan hubungan rapatnya dengan Ronaldo.

    Satu gambar pada komputer ribanya menunjukkan pemain itu memakai topi besbol dan tangan Ronaldo diletakkan di leher Fernanda.

    Dalam satu lagi gambar, pemain itu mencium pipi Fernanda.

    Gambar ketiga menunjukkan Fernanda bersama Ronaldo dan seorang lagi bintang MU, Wayne Rooney dalam satu parti bagi meraikan kemenangan kelab itu memenangi Piala Liga pada tahun lalu.

    Beberapa lagi gambar menunjukkan dia bersama bintang bola sepak MU iaitu Rio Ferdinand dan Wes Brown.

    “Ini adalah rakan baik saya, Ronaldo,” kata Fernanda kepada pemberita itu.

    Fernanda memberitahu bahawa dia suka berparti dengan kokain dan menawarkan untuk menbekalkan dadah kelas A pada harga £60 (RM375.16) satu gram.

    Satu analisis yang dilakukan di sebuah makmal Pejabat Dalam Negeri mengesahkan bahawa dadah itu adalah kokain.

    Ronaldo sebelum ini pernah menunjukkan minat menyukai pelacur.

    Pada tahun lalu, dia mengundang lima pelacur ke rumahnya untuk berparti bersama rakan-rakannya.

    Pada Januari lalu, Ronaldo sanggup berlepas ke Rom, Itali untuk bersuka-ria dengan dua lagi pelacur.

    Friday, September 5, 2008

    Ronaldo tayang Bently biru


    CRISTIANO Ronaldo dirakam memandu kereta mewah Bently yang dibeli dengan harga RM2.1 juta manakala nombor pendaftarannya dibeli dengan kos mencecah RM1 juta.

    MANCHESTER - Selepas menunggu selama dua bulan Bintang kelab Manchester United, Cristiano Ronaldo akhirnya menayangkan kereta mewah Bentley coupe terbarunya, lapor sebuah akhbar semalam.

    Ronaldo menempah kereta Bentley coupe berwarna biru berharga £340,000 (RM2.1 juta) itu selepas mengesahkan bahawa dia akan kekal di MU pada Jun lalu.

    Bagaimanapun, beberapa peminat tertanya-tanya mengenai pemilihan warna kereta Ronaldo kerana beberapa rakannya di MU lebih cenderung memilih warna merah.

    Bintang MU itu sebelum ini memiliki beberapa kereta mewah termasuklah sebuah Rolls Royce Phantom berharga £340,000 (RM2.1 juta) dan Bentley convertible berharga £140,000 (RM853,239).

    Ronaldo juga sanggup menghabiskan £150,000 (RM915,148) untuk memperoleh nombor pendaftaran CR7 khas bagi keretanya barunya itu.

    Satu sumber berkata, Ronaldo kini taksub dengan CR7 yang merupakan singkatan nama dan nombor jersi miliknya di MU. Malah semua barang miliknya ada katian dengan nombor 7.

    "Ronaldo sudah lama mengidam untuk mendapatkan nombor pendaftaran itu dan akhirnya dia memilikinya juga," katanya.

    Pemain antarabangsa Portugal itu sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dan beberapa kali menyuarakan hasratnya untuk berhijrah.

    Bagaimanapun, Ronaldo menamatkan spekulasi berhubung masa depannya apabila mengesahkan bahawa dia akan kekal di Manchester United.

    Wednesday, September 3, 2008

    Bintang dunia buruan City


    Pemilik baru Manchester City, Dr. Sulaiman Al Fahim bersedia menghimpunkan kesebelasan pemain terbaik dunia dalam kelab itu.

    Antara pemain bintang yang menjadi buruan Al-Fahim ketika ini termasuklah Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Kaka, Cesc Fabregas, Fernando Torres, Ronaldinho dan juga bintang baru Manchester United, Dimitar Berbatov.

    Selepas mengambilalih kelab City, Al Fahim membuktikan niatnya itu apabila mendapatkan Robinho dengan harga 32.5 juta pound (RM198 juta) dari Real Madrid yang juga satu rekod perpindahan baru di Britain.

    "Saya tahu peminat City telah melalui masa yang sukar sebelum ini, tapi saya mahu katakan kepada mereka bahawa ini adalah satu permulaan baru," jelas Al-Fahim yang mengambilalih kelab City daripada Thaksin Shinawatra menerusi syarikatnya, Abu Dhabi Group awal minggu ini.

    "Ini adalah benar, bukan satu mimpi. Ia adalah komitmen jangka panjang dan selama-lamanya daripada kami.

    "Kami menyasarkan untuk berada di kedudukan empat pasukan terbaik musim ini, kami mahu memenangi Liga Perdana England musim depan dan dalam masa tiga tahun lagi, kami mahu memenangi trofi Liga Juara-Juara."

    Wang bukanya satu masalah bagi Al Fahim dan dia juga berharap pengurus, Mark Hughes dapat membawa kejayaan kepadanya.

    "Kami memiliki wang dan pengurus yang mampu melaksanakannya.

    "Kami mahu kelab ini memiliki pemain terbaik dunia dan mahu menjadi antara pasukan paling menarik di dunia yang mana setiap orang mahu melihat aksi kami."

    Bulan Pose ni weeii...

    fislo.Blogspot Online mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pembaca. Semoga kita semua dapat menghayati dan memanfaatkan bulan mulia ini. Sempena bulan ramadan ini,Teman mengambil kesempatan memohon kemaafaan pada sume org zahir dan batin no.Terima kasih tak terhingga jua pada kengkawan yg melawat teman punye blog ni,semoga blog ni dpt merancakan percakapan tentang dunia bolasepak kite serta bermanfaat bersama.So kalo ade nak bertukar pendapat atau ade idea yg bernas yg berkaitan dgn bola jgn segan logout ke sembang bola di ruangan sebelah blog teman yee..K Watchaaa....

    Friday, August 22, 2008

    Thursday, August 21, 2008

    Bola Sepak Malaysia


    Bolasepak adalah acara sukan yang paling popular dan diminati oleh ramai orang di seluruh negara-negara di dunia ini. Bolasepak adalah acara sukan di padang yang berbentuk empat segi, acara sukan ini juga telah banyak mendapat tontonan yang terbanyak di dunia. Acara sukan Bolasepak juga telah berjaya mempengaruhi anak-anak kecil untuk menceburi sukan bola sepak malahan ada di sesebuah negara telah mengadakan sukan bola sepak khas kepada kanak-kanak (kids football) kerana disini secara tidak langsung dapat mencungkil bakat yang ada semasa kecil dan melatih supaya menjadi pemain bola sepak professional pada masa akan datang. Acara sukan bolasepak ini juga mempunyai badan pentadbiran dunia yang tersendiri iaitu FIFA, atau Persatuan BolaSepak Antarabangsa ( International Federation Of Association Football), FAM(football association Malaysia) untuk pentadbiran bolasepak di Malaysia. Daftar sekarang di Bolasepak.com untuk mengetahui lebih mengenai berita bola sepak, prediksi bola dan banyak lagi, pendaftaran adalah percuma.

    Silvestre kini milik Arsenal

    Arsenal berjaya mendapatkan pertahanan Perancis, Mikael Silvestre (gambar) dengan kontrak selama dua tahun daripada pencabar mereka, Manchester United semalam.

    Silvestre, 31, yang meninggalkan United selepas menghabiskan sembilan musim di Old Trafford sebelum ini menolak tawaran untuk berhijrah ke Manchester City atas alasan mahu dalam kempen Liga Juara-Juara.

    Silvestre yang terlepas aksi musim lepas ekoran kecederaan ligamen lutut, merupakan pemain pertama United yang dijual kepada The Gunners sejak Brian Kidd pada 1974.

    "Saya menghabiskan lebih separuh karier saya di United, selama sembilan tahun dan saya akan terus mengingatinya. Tapi saya rasa saya sudah bersedia untuk cabaran baru," kata Silvestre.

    "Arsenal dikenali dengan gaya permainan teknikal dan berkemahiran tinggi, mereka juga ada skuad yang muda, tapi berpengalaman.

    "Jadi, saya amat teruja dengan langkah baru ini dan berharap dapat memberi sumbangan dengan membantu kelab ini mencipta kejayaan baru."

    Sementara itu, pengurus Arsenal, Arsene Wenger menganggap kehadiran Silvestre bakal memberi kelebihan tambahan kepada skuad mudanya.

    "Pengalaman Mikael akan memberi lebih tambahan kepada cabaran kami untuk menjuarai gelaran musim ini," jelas Wenger.

    Tuesday, August 19, 2008

    (Kontrak Baru Adebayor)

    - fislo


    Emmanuel Adebayor

    LONDON - Penyerang Arsenal, Emmanuel Adebayor telah memperbaharui kontraknya bersama Gunners sehingga 2012, menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan kelmarin.

    Pemain antarabangsa Togo itu, Adebayor telah menjaringkan 30 gol musim lalu, dikaitkan bakal berpindah ke AC Milan atau Barcelona.

    Bagaimanapun, kenyataan dalam laman web rasmi kelab itu www.arsenal.com menyebut, Arsenal telah membuat pengesahan penyerang itu telah menandatangani kontrak jangka panjang.

    ''Semua orang di Arsenal mahukan Emmanuel meneruskan khidmat di kelab ini sehingga tahun-tahun akan datang,'' kata laman web tersebut.

    Adebayor yang berusia 24 tahun, yang dibeli oleh Arsenal dari Monaco pada Januari 2006 berkata, dia akan kekal untuk musim baru sehingga bersetuju dengan terma baru 80,000 pound (RM500,000) seminggu.

    Semasa perlawanan persahabatan pra-musim kebanyakan penyokong Arsenal meragui masa depan Adebayor di kelab itu.

    Tetapi jurulatih Arsene Wenger menjangkakan dia sudah mempunyai barisan sokongan sepenuhnya.

    ''Kami perlu sentiasa berada di belakangnya dan memberi sokongan kepadanya kerana dia merupakan penyerang terbaik pasukan, penyokong juga perlu berada di belakangnya.

    ''Apa yang berlaku semasa musim perpindahan tidak memberi kesan kepada hasratnya yang mendalam dan berlaku banyak manipulasi antara kedua-dua ejen, tetapi saya sangat positif dia akan kekal.

    ''Semua pemain perlu merasakan dirinya diburu. Saya rasa dia sudah pun menyelesaikannya dengan cara sendiri. Dia telah memberi segalanya dalam dua perlawanan pertama,'' kata Wenger.

    (Cesc Fabregas Yang Sempurna)

    Visi permainannya sempurna. Open bolanya canggih dan Simple...

    Lahir di Barcelona, 4 Mei 1987, dengan nama lengkap Francesc Fabregas Soler. Panggilan manja dari rakan pasukan adalah Cesc. Dia seorang yang suke bermain bolasepak.Minat bermain bolasepak telah menyelamatkan dirinya. Kalo tak, mungkinCesc Fabregas akan menjadi sales model dalam hidupnya.

    Ini benar, Pasalnya Cesc Fabregas memiliki perusahaan sales model tersendiri . Masih kecil, kakaknya memasukan Cesc ke sekolah akademi bolasepak di Barcelona. Sehingga kebanyakan waktu Cesc dihabiskan untuk bermain bola yang bepangkalan di sepanyol.

    Permainannya di club akademi primavera Barcelona cukup impresif dan berkualiti. Cesc mampu mencetak 30 gol dalam satu musim untuk clubnya. Padahal posisi bermainnya di kawasan tengah padang dan bertahan. Gol-golnya ternyata memberi impak setiap pihak lawan apabila bertemu dengan clubnya. Merasa diri mempunyai skill hebat, dan inginkan bermain dengan senior,Cesc berniat berpindah.

    Pada 11 September 2003, Cesc Fabregas akhirnya pindah ke Liga Perdana Inggris dan bermain bersama Arsenal. Konsesi permainan Liga Inggris yang terkenal dengan kick and rush membuat dirinya serasi degan corak inggeris itu.

    Kerana itu, Cesc melatih tendangannya setiap hari agar umpannya sesuai dengan permaianan bola jauh khas Inggris. Latihan demi latihan membuah hasil. Umpan terarahnya membuat dirinya menjadi kekuatan utama Arsenal. Bahkan perananya di lapangan melebihi seniornya yang terdahulu Patrick Viera. Passing ball dan jaringan walaupon dia seorang pemain tengah kerap kali menyelamatkan Arsenal dari kekalahan.

    Hal itu juga terjadi di team Sepanyol. Cesc dipanggil untuk skuad Sepanyol. Mengatur serangan dari bawah kemudian open ke penyerang untuk mencari gol. Sampai sekarang, permaiananya yg simple membuatkan satu dunia terpaku dengan pemain ini. Banyak klub yang sedar ingin memburu Cesc, termasuk klub terdahulunya, Barcelona. (Fislo)

    4 Perancang Kuasa Besar Club EPL 2008/09







    -PLayer Sensasi EPL 2008/09-

    Monday, 18 August 2008

    (Berbatov bakal ke Man U dengan £28 juta)
    Penyerang Tottenham, Dimitar Berbatov memohon agar kelabnya itu memberi peluang untuk mencapai impiannya. Beliau bermaksudkan pemindahannya ke Manchester United yang menawarkan yuran perpindahan sebanyak £20.5 juta namun ditolak oleh Spurs.

    ‘Saya sekarang di Tottenham tetapi tiada siapa boleh untuk tidak bersetuju dengan kehendak saya mencapai impian. Tempoh perpindahan akan ditutup dalam beberapa minggu lagi dan saya harap ia merupakan minggu yang sangat penting. Saya membaca kenyataan yang dibuat oleh Alex Ferguson yang mahukan seorang lagi penyerang dan saya harap ianya adalah saya.’ kata Berbatov.

    Manchester United memulakan kempen liga dengan sedikit hambar apabila hanya mencatat keputusan seri bertemu Newcastle dan ianya menjadi pemangkin kepada kelab Red Devils untuk menguatkan lagi jentera serangan.

    Manchester United percaya mereka hampir memiliki penyerang Tottenham Hotspur, Dimitar Berbatov sebelum bermula musim baru. Sebelum ini Spurs mahukan yuran perpindahan sebanyak £38 juta namun akhirnya bersetuju dengan nilai £28 daripada juara England itu.

    Pemain berbangsa Bulgaria ini telah dikaitkan dengan United sejak sebulan lalu dan akan berada di United bagi membantu kelab itu mempertahankan kejuaran liga. Penyerang berusia 27 tahun itu tanpa bersembunyi menyatakan keinginan beliau untuk menyertai Old Trafford berikutan pemergian Robbie Keane ke Liverpool sebelum ini.

    Spurs dikatakan ingin mendapakan khidmat gandingan Rusia Andrei Arshavin dan penyerang Spartak Moscow Roman Pavlyuchenko dan yuran perpindahan Berbatov mampu membantu untuk memiliki dua bintang tersebut. Berbatov telah mengahsilkan 27 jaringan liga semenjak berpindah dari Bayer Leverkusen.

    Bagaimanapun United dikatakan gagal mendapatkan bintang Valencia, David Silva dan perpindahan Berbatov merupakan perpindahan pertama United musim ini.

    Friday, August 15, 2008

    -Aksi Budak Ofis De Arena FuTsal-

    -StaR DesignOutdoor Club -
    -TeaM SeLeCtioN-
    -MacaM2 GelaGat DaPat DiPerTontonkan-